Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Kenaikan Harga Simen...

KUALA LUMPUR - Hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna...

Menteri Tarik Seluar Dalam...

PARIS - Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin kelmarin mengaku bertindak kurang sopan terhadap...

Pastikan 2/3 Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - PAS kesal kerana segelintir umat Islam sanggup mengadai maruah kaum...

Penetapan Tol WCE Bukti...

SUNGAI BESAR - Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran...

Dijangkiti Virus, Wany Hasrita Masuk Wad

DISEBABKAN bekerja terlalu keras, penyanyi meningkat naik, Wany Hasrita dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota dan dikuarantin buat sementara waktu akibat demam panas.

Menurut ibunya, Norita Jaafar, penyanyi itu dimasukkan ke hospital pagi tadi selepas menunjukkan gejala demam berpanjangan sebelum disahkan doktor bahawa Wany dijangkiti virus Influenza B.

Jelas Norita, suhu badan Wany yang tinggi pada awal pagi tadi menyebabkan dia membawa anaknya itu ke hospital untuk pemeriksaan.

“Semalam dia baru balik daripada persembahan di Pasir Gudang, Johor dan pukul 7 pagi tadi suhu badannya tinggi dan saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Setelah ujian darah dilakukan, dia disahkan oleh doktor dijangkiti virus Influenza B dan perlu dikuarantin sementara waktu.

“Sekarang ini dia hanya berehat di wad dan perkembangan lain akan dimaklumkan oleh doktor nanti,” katanya memetik mStar Online.

Tambah Norita, Wany sudah beberapa kali menunjukkan tanda-tanda demam berulang selain lemah badan tetapi masih lagi menghadiri undangan nyanyian.

Walaupun keadaannya yang kurang sihat, Wany masih lagi hadir membuat persembahan di Kedah, Terengganu dan Johor sebelum ini.

Perkara tersebut, jelas Norita mungkin menjadi penyebab dia dijangkiti virus tersebut sambil turut mengesahkan bahawa Wany terpaksa membatalkan persembahannya di Selangor hari ini.

“Doktor juga tak menolak kemungkinan kurang rehat menyebabkan dia mudah dijangkiti penyakit.


“Hari ini dia berehat di wad sahaja dan minta semua pihak mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa,” ujarnya.

Perkara tersebut juga dikongsikan di laman Instagram Wany beserta sekeping gambar menunjukkan penyanyi berkenaan terlantar di katil hospital berkenaan.

Melalui posting tersebut, pihak Wany memberikan sedikit perkembangan kepada para peminat dan meminta mereka mendoakan kesembuhan Wany.

 “Mohon semua doakan kesihatan @wanyhasrita kembali sembuh seperti sedia kala. Wany di kejarkan ke hospital jam 7 pagi tadi.

“Doktor mengesahkan Wany dijangkiti virus Influenza B. Wany ditahan dan dikenakan kuarantin. Segala kesulitan amat dikesali,” tulis perkongsian tersebut.

Sejurus mendengar akan perkara tersebut, peminat penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu mula menulis di ruangan komen mendoakan supaya Wany segera sembuh daripada penyakitnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori