Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Kena Tunggu Sampai Ahad...

SUSULAN sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa...

Tanah Runtuh: 7 Terkorban...

JAKARTA - Bencana tanah runtuh di Bali, Indonesia pada Khamis mengorbankan tujuh orang...

Pelakon Teruja Mahu Bintangi...

BINTANG siri tv terkenal Breaking Bad berkata beliau amat berminat membintangi filem spin-off...

Sekolah Korea Mula Lambat...

SEOUL – Cadangan ketua pendidikan metropolitan Seoul , Cho Hee-yeon melambatkan waktu mula...

Disiplin Pemain Bantu Pahang Mara Ke Suku Akhir

KUANTAN – Ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah salleh menyifatkan disiplin kental anak buahnya antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan pasukan itu menyingkirkan juara bertahan Kedah daripada saingan Piala FA dalam pertemuan peringkat ketiga di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Sekalipun bermula baik, rentak permainan Pahang terjejas apabila penyerang importnya Francis Forkey Doe dikeluarkan pada minit ke-11 perlawanan selepas mengalami kecederaan.

“Apabila Forkey terpaksa dikeluarkan, persembahan kita menurun tetapi disiplin para pemain membolehkan Pahang mencatat kemenangan ini,” kata Dollah kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Pahang yang juga naib juara musim lalu menang tipis 1-0 ke atas Kedah untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Dollah turut mengakui sekalipun berjaya membolosi gawang Kedah pada minit ke-45, jelas skuad Lang Merah menguasai keseluruhan perlawanan.

“Namun disiplin itulah yang menyebabkan pemain kita tahu bila hendak bertahan dan bila mahu melakukan serangan sehingga mampu mengekang Kedah,” katanya.

Dollah juga berkata beberapa pemainnya bermain dalam keadaan cedera antaranya Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh.


Sementara itu, Sumareh berkata dia dan rakan sepasukan turun beraksi menentang skuad Lang Merah dengan satu matlamat iaitu meraih kemenangan.

“Kami bermain dengan fokus untuk menang, ini dibantu dengan keserasian yang ada dalam kalangan para pemain.

“Bagi musim ini tiada sasaran yang lebih baik bagi kami daripada membawa pulang trofi Piala FA buat Pahang,” katanya. – BERNAMA

Kategori