Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Elly Tumbuk, Sepak Saya...

TIDAK mahu orang ramai terus tuding jari menyalahkan dirinya, bekas suami Elly Mazlein, Azmi...

Isteri Mejar Zahir, Anak...

IPOH - Isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, akan...

Mahathir Mahu ‘Setiap Orang...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu 'setiap...

Kereta Dipandu Bahaya, Polis...

GEORGE TOWN - Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghalang pergerakkan sebuah...

Draf Akta Berita Palsu Belum Dibentang Ke Kabinet

CYBERJAYA – Draf akhir akta baharu berhubung menangani penularan berita palsu belum dibentangkan ke Kabinet, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Namun, katanya beliau dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempengerusikan jawatankuasa khas berkaitan cadangan undang-undang berita palsu itu telah bertemu dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan maklum balas berkaitan draf tersebut.

“Memang kita sudah menentukan agar sebelum dibentangkan di peringkat Kabinet, beliau (Azalina) seharusnya menemui seramai mungkin pihak terlibat untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi mudah alih Sebenarnya.my, di sini hari ini.

Mengenai penalti yang akan dikenakan di bawah akta baharu itu, Salleh berkata beliau tiada maklumat mengenai perkara tersebut memandangkan beliau tidak menganggotai jawatankuasa khas itu.

Pada 5 Mac lepas, Azalina berkata draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu itu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ditanya mengenai cadangan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Salleh berkata buat masa ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia belum dijemput untuk membincangkan perkara tersebut memandangkan akta tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, katanya cadangan itu sudah pasti mengambil kira pelbagai perkembangan di dalam dan luar negara.


“Banyak perkara perlu diambil kira oleh kerana seperti yang kita tahu terdapat media baharu sekarang. Pencetakan tidak semestinya merupakan akhbar yang sudah bertapak, tetapi ia boleh jadi (berita) dalam talian. Jadi mungkin mereka sedang meneliti perkara ini,” katanya.

Pada 13 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menyemak semula akta tersebut agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa memandangkan media hari ini hampir dikuasai media alternatif.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012. – BERNAMA

Kategori