Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siasatan Terhadap Annuar Tak...

JELI - Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

Pakai Apa Yang Mampu...

PENYANYI dan pelakon Farahdhiya menasihati orang ramai supaya mengunakan sesebuah produk bergantung pada...

Kedua-Dua Tangan Isteri Hampir...

Tumpat : Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini,...

Hawaii Sekat Arahan Eksekutif...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menerima tamparan hebat...

Dua Lelaki Hilang Di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau

TAWAU – Pasukan Bomba dan Penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Taman Bukit Tawau, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Khairul Siwwes dan Hafizan Abdawah masing-masing berumur 21 tahun.

“Balai Bomba Tawau menerima panggilan daripada Taman Bukit Tawau pada 10.20 malam berhubung kejadian itu seterusnya respons ke lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba bersama 15 anggota Ranjer Hutan Simpan Taman Bukit Tawau menjalankan operasi SAR di kawasan sekitar.


“Operasi ditangguhkan pada 4.35 pagi tadi dan disambung semula pada 6.30 pagi, maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori