Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Bergaduh Rebut Lelaki...

SUSULAN video viral dua pelajar perempuan yang bergaduh di sekolah, kini dilaporkan salah...

TNB Raikan 50 Pelajar...

BANGI - Sejumlah 50 anak yatim daripada Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha,...

Heboh! Bila Jenama Kain...

HEBOH jadinya apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Tasha Loveka mendakwa membeli kain corak...

UTC Perlu Ditambah Untuk...

JOHOR BAHRU - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memberi faedah dan sumbangan...

Dua Remaja Wanita Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan

BAGAN SERAI – Dua remaja wanita masing-masing berusia 19 tahun dan seorang pemandu kereta maut dalam dua kemalangan berasingan di daerah Kerian semalam.

Ketua Polis Daerah, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian jam 6.13 petang, dua remaja wanita maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord di Batu 10, Jalan Kerian, Semanggol.

Beliau berkata mangsa Nur Aimi Zahirah Ghazali, seorang pekerja kantin, yang menunggang motosikal dan rakannya, Nurul Izzati Abdul Wahab, maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta terselamat.

“Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa ari arah Kamunting ke arah Semanggol dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya, mayat kedua-dua remaja itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.


Sementara itu, dalam kemalangan di Kilometer 98, Jalan Ipoh-Butterworth, Omar Bakthiar berkata seorang lelaki, Lim Wei Xiong, 27, maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler pada jam 5.40 pagi.

Akibat pelanggaran itu, beliau berkata, pemandu kereta itu dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu tereler itu mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori