Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Perkenal 3...

KUALA LUMPUR - Malindo Air dijangka mencetuskan tambang kompetitif di laluan popular Kuala...

Identiti 4 Penyelam Warga...

MERSING - Identiti empat warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau...

Parti Komponen Digesa Bantu...

KULIM - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa berusaha bersama-sama dengan UMNO dalam memastikan kemenangan parti pada Pilihanraya Umum Ke-14  (PRU14) akan...

Musa Pengerusikan Mesyuarat Pertama...

KOTA KINABALU - Tan Sri Musa Aman hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet...

Dua Tahun Hilang, Ammar Kembali Dalam Filem Aksi

NAMA Ammar Alfian mungkin sedikit asing bagi sesetengah masyarakat masa kini yang gemar menonton drama Melayu.

Hampir dua tahun menyepi selepas 10 tahun melibatkan diri dalam dunia seni, kini Ammar Alfian Aziz, 31, kembali ‘muncul’ dalam filem aksi bertajuk Paskal.

“Kalau ikutkan saya dah dua tahun tak berlakon sepanjang 10 tahun penglibatan, watak yang diberikan semuanya sama sahaja.

“Tapi saya terus terima tawaran berlakon dalam filem Paskal kerana filem aksi adalah impian yang tak pernah saya dapat sebelum ni,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagi Ammar, filem aksi Paskal ini merupakan satu kejayaan baginya selepas menyepikan diri selama beberapa ketika.

Antara pelakon lain yang turut mewarnai filem tersebut ialah Hairul Azreen, Henley Hii, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya.

Filem Paskal merupakan dibawah arahan Adrian Teh dan penggambaran bakal dijalankan dekat Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan sekitar Maghribi.

Paskal memberi maksud kepada Pasukan Khas Laut Malaysia yang mana filem ini akan mengangkat tentang pengorbanan dan patriotik pasukan tersebut.

Maka dengan penglibatan Ammar dalam filem itu memberi maksud bahawa kini dia sudah kembali aktif semula dalam dunia lakonan.


“Dalam dua tahun ni banyak juga tawaran yang saya terima tapi semuanya drama atau filem berbentuk romantik dan saya sudah tak mahu berlakon watak yang sama.

“Tetapi jika ia projek filem atau drama aksi dan ada watak mencabar, saya tak keberatan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, tambah pelakon kelahiran Cardiff, United Kingdom itu lagi, dia tidak kisah jika tiada tawaran seperti yang dimahukan kerana kini dia juga sedang sibuk mengusahakan pusat kecergasan miliknya dekat Damansara Perdana.

Menurutnya lagi, barisan pelakon filem Paskal perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani penggambaraan yang sebenar dan semua latihan yang disediakan sangat mencabar mental serta fizikal.

Mereka perlu menjalani latihan insentif ketenteraan di sebuah kem tentera dekat Lumut, Perak selama tiga hari.

Dalam masa yang sama, mereka juga dapat merasai bagaimana sesi latihan yang sebenar bagi pasukan Paskal sebelum memasuki set penggambaran. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori