Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jiran Dedahkan Ibu Dua...

PENEMUAN mayat kanak-kanak dalam tong ikan di di Flat Paya, Nahu, Sungai Petani,...

Wanita Cemburu Buta, Risau...

SUDAH menjadi lumrah seorang wanita itu sinonim dengan perasaan cemburu atau orang putih...

Akta Komunikasi Dan Multimedia...

KUALA LUMPUR – Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) 1998 akan dipinda dan...

Untuk Raya Tahun Ini...

Baru-baru ini penulis berkesempatan melihat beberapa rekaan fesyen jenama Bianco Mimosa yang bakal...

Duda Curi Buku Motivasi Dipenjara, Denda

KUALA LUMPUR – Seorang duda terpaksa merengkok di penjara selama sebulan dan membayar denda RM500 akibat perbuatannya mencuri enam buku motivasi yang disembunyikan di dalam baju kemeja yang dipakainya, Jumaat lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamarul Bahrin Abdul Rahman, 53, pembantu kedai makan, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhannya di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Dia dituduh mencuri empat buku bertajuk ‘Menantu Hipster’ dan dua buku bertajuk ‘Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah Swt’, kesemuanya bernilai RM133.80, kepunyaan kedai buku Popular.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 9 Mac lepas dan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia melakukan perbuatan itu di Kedai Buku Popular, Pasaraya Tesco Ampang, Jalan Pandan Prima, di sini pada 9 malam, 9 Mac lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah dipenjara dan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan penyelia kedai buku tersebut ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan apabila mengambil beberapa buku dan membawanya ke hujung rak buku.

Wanita itu memerhatikan tertuduh serta melihatnya keluar melalui pintu utama kedai dan ketika dia cuba melepasi pintu, sensor telah berbunyi, namun tertuduh tidak mengendahkan dan terus beredar dari kedai.


Pengadu mengekori tertuduh lalu meminta dia pergi semula ke pintu utama kedai buku dan sebaik melalui pintu itu, sensor sekali lagi berbunyi menyebabkan tertuduh mengeluarkan semua buku yang disembunyikan di dalam baju kemejanya serta meminta teruduh membuat bayaran bagi kesemua buku yang diambilnya.

Tertuduh kemudiannya memberitahu dia hanya mempunyai wang tunai RM20, lalu pengadu cuba menghubungi pengurus kedai sebelum secara tiba-tiba tertuduh cuba melarikan diri dan menumbuk perut pengadu, yang kemudiannya menjerit meminta pertolongan sehingga tertuduh berjaya ditahan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu dan merayu hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori