Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mesej Puasa Artis Buat...

BAGAIMANAKAH golongan artis dan selebriti menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini? Jawapannya...

Skandal Dengan ADUN Wanita,...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan tuduhan mengaitkan beliau bersama...

‘Hak Imigresen’ Melarang Individu...

KUCHING: Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak. Itu penegasan...

Protes Naib Canselor, Graduan...

GRADUAN Universiti Malaya (UM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini berhubung...

Elfira Sebak, Kagum Dengan Semangat Kental Ibu

PELAKON, Elfira Loy tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika berkongsi cerita mengenai ibunya, Filzah Yusuf yang sanggup mempertahankan maruah disaat dirinya berdepan kecaman netizen.

Elfira berkata, dia amat mengagumi semangat wanita itu selain percaya apa yang dibuat oleh ibunya itu adalah betul dan merupakan perancangan terbaik.

“Selepas apa yang berlaku, mama sanggup ambil segala tuduhan ini kerana tak nak orang kutuk saya atau salahkan saya. Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk pasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita yang kuat.

“Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap (ayat buruk) macam itu dekat mak orang lain.

“Tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Elfira berkata dia menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk terus bangkit sekaligus berdepan dugaan getir dalam hidup.

“Dia wanita yang sangat kuat dan sebab dia saya nak terus berlakon dan buat saya nak kerja keras.

“Dia sumber inspirasi saya kerana dia tak pernah berhenti bekerja dan sentiasa fikir pasal anak-anak dan bukan sebab diri sendiri,” ujar Elfira.


Pada masa sama, Elfira juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak berbelah bagi memberikan sokongan, semangat dan bantuan terhadap dirinya.

“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa sokong dan selalu berada dan memahami saya. Saya tahu anda tak tahu cerita sebenar tapi terus bagi kata-kata semangat.

“Saya baca semua mesej peribadi dan ucapan itu buatkan saya bersemangat, mungkin ada yang rasa benda itu simple tapi ia membuatkan saya jadi lebih kuat setiap saat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru Elfira dikatakan telah melancarkan sebuah program bual bicara santai berjudul The El Live Show yang bakal bersiaran secara langsung di laman Instagram miliknya setiap bulan.Ā ā€“ MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori