Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 Negara Dengan Capaian...

KOREA Selatan diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian Internet terpantas di seluruh dunia...

3 Individu Direman 6...

SEREMBAN - Tiga individu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Teguran Pensyarah Buat Siti...

BELUM reda lagi dengan kontroversi yang dicetuskan peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim, kini...

PRK Cameron Highlands: PH...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui peluang kemenangan calon...

Elvina Bakal Tamat Zaman Bujang Dengan Datuk Muda

TAHNIAH… Elvina Mohamad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati iaitu usahawan dan selebriti sukan pemotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac depan.

Memetik BH Online, aktres yang mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu mengumumkan majlis akad nikah bakal berlangsung secara ringkas di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada jam 3 petang.

Malah difahamkan juga, pasangan berkenaan akan hanya ditunangkan kira-kira satu jam sebelum majlis akad nikah pasangan tersebut berlangsung.

Kata Elvina, dia terbuka hati untuk mengakhiri zaman bujan di usia muda selepas bakal suaminya itu dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi dirinya sebagai isteri.

“Saya percaya, soal jodoh adalah ketentuan Yang Maha Kuasa. Cepat atau lambat bukanlah kita yang menentukannya.

“Saya juga merasakan keputusan untuk berkahwin ini bukan penghalang kepada kerjaya seni, sebaliknya saya yakin ada rahmat menanti pada hari nan mendatang.

“Pihak pengurusan saya sendiri, MindOrder Sdn Bhd sudah meneliti sedalam-dalamnya keputusan ini, selain restu daripada kedua-dua ibu bapa dan keluarga.


“Alhamdulillah, mereka sentiasa menyokong dan tidak henti memanjatkan doa atas keputusan saya ini,” kata Elvina.

Elvina turut memaklumkan majlis resepsi mereka akan diadakan di lokasi sama pada 24 Mac depan dan bakal menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan.

Pun begitu, pasangan sama cantik sama padan berkenaan bersepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran mereka.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori