Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

17 Rumah Rosak Akibat...

SEREMBAN - Sebanyak 17 rumah rosak dilanda ribut di di Taman Satria, Senawang...

Harga Minyak Tidak Turun...

HARGA minyak semasa sepatutnya lebih rendah sesuai dengan harga minyak dunia, dan pemimpin...

Video Sami Duduk Dalam...

MEMANG menakjubkan!Video seorang sami Buddha di Thailand yang duduk bertapa dalam sekawah minyak...

Jabatan Peguam Negara Terima...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah menerima dokumen berhubung siasatan terhadap bekas...

England Dapat Sokongan Boikot Piala Dunia Rusia

PEMIMPIN negara England telah menyatakan keputusan untuk tidak hadir ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia bermula Jun nanti, sebagai reaksi kepada insiden serangan racun ke atas bekas perisik Rusia yang tinggal di Britain.

Perdana Menteri Britain Theresa May mengumumkan Putera William dan menteri-menteri Britan tidak akan hadir ke kejohanan di Rusia itu.

Boikot kehadiran pemimpin negara ini disusuli dengan pertimbangan untuk pasukan bola sepak England sendiri menarik diri daripada kejohanan, tetapi menurut Menteri Luar Britain Boris Johnson, tindakan itu tidak disokong oleh kerajaan.

Kempen politik ini nampaknya telah merebak ke lapangan sukan, dan beberapa negara lain telah menunjukkan sokongan untuk England.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop telah pergi lebih jauh lagi dalam menunjukkan solidariti apabila mengatakan ada kemungkinan pasukan bola sepak Australia sendiri akan menarik diri daripada kejohanan dihoskan Rusia itu.

Sebagai menunjukkan sokongan pada Britain, Australia telah menghalau dua orang diplomat Rusia.

Menurut laporan media Britain, enam lagi negara akan menurut jejak langkah Britain dan menolak undangan pemimpin negara mereka ke Rusia.

Selain Australia, negara-negara terbabit ialah Denmark, Iceland, Jepun, Poland dan Sweden.

Tindakan ini menjadikan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 ini sebagai medan menunjukkan sentimen politik, sekaligus mencemar kejohanan sukan popular ini.


Boikot ini, sama ada melibatkan pemimpin negara mahupun tindakan lebih drastik penarikan diri pasukan kebangsaan negara masing-masing dilihat bertujuan menjatuhkan imej Rusia pada masa dunia tertumpu pada kejohanan paling banyak ditonton di dunia itu.

Tindakan ini ialah lanjutan daripada kempen politik negara-negara Barat yang memusuhi Rusia.

Hubungan Britain dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan Rusia semakin buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan insiden keracunan bekas perisik itu digunakan sebagai alasan kuat untuk Barat bertindak ke atas Rusia walaupun dengan cara simbolik.

Kejohanan sukan sepanjang sejarah menjadi medan menyuarakan pendirian politik, seperti yang berlaku pada sukan Olimpik di Moscow, Rusia pada tahun 1980.

AS mengetuai boikot terhadap kejohanan itu dengan alasan sebagai protes tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan.

Empat tahun kemudian, pada Olimpik 1984 di AS, Soviet pula mengetuai boikot terhadap kejohanan yang AS menjadi tuan rumah itu. – Mynewshub.cc/H

Kategori