Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

4 Nelayan Ditahan Pungut...

GEORGETOWN - Empat nelayan tempatan yang menggunakan dua bot pukat hanyut untuk memungut...

Individu Bawah Pengawasan Ditembak...

NIBONG TEBAL - Seorang individu yang berada di bawah pengawasan polis mati ditembak...

Harga Kereta Di Singapura...

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara...

Putri Mardiana Mengaku Tidak...

PELAKON Putri Mardiana dan pasangan Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah...

Facebook Perkenal Fokus Berita Tempatan

KUALA LUMPUR – Facebook memperkenalkan segmen berita tempatan bagi membolehkan orang ramai berhubung dengan komuniti setempat mengenai isu-isu yang berkait rapat dengan persekitaran mereka.

Pada awal tahun ini, Facebook mengumumkan pelaksanaan berkenaan di Amerika Syarikat yang mengutamakan berita tempatan, supaya orang ramai mendapat maklumat yang memberi kesan langsung kepada komuniti mereka dan mengetahui perkembangan setempat.

“Hari ini, kami memperluaskan segmen perkembangan terkini ini kepada orang ramai di semua negara, dalam semua bahasa. Sekarang, seluruh dunia akan melihat lebih banyak berita di Facebook dari sumber-sumber tempatan yang meliputi bandar mereka dan bandar lain yang mereka mungkin berminat,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

“Dengan perkembangan terkini ini, kami juga membantu penerbit tempatan dari pelbagai bandar menjangkau pengguna (Facebook) di bandar-bandar tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori