Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hina Islam: Ahok Dihukum...

JAKARTA - Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, hari ini didapati bersalah kerana...

Selepas 35 Tahun, Coke...

NEW YORK – Setelah berada di pasaran lebih 35 tahun, Coke Diet melakukan...

“Saya Terhutang Budi Pada...

KOTA BELUD - "Saya terhutang budi pada Sabah," kata Datuk Seri Najib Tun...

Tiada Keperluan Buka Semula...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengulangi komitmennya untuk terus membantu...

FAMA Atur Jadual Bekalan Pertanian Berterusan

KOTA BHARU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan jadual penanaman projek ladang kontrak mengikut kesesuaian cuaca dan kawasan bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi sepanjang tahun di seluruh negara selain menjamin pendapatan peserta.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata melalui jadual tersebut projek tanaman akan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang di setiap negeri.

“Tanaman yang tidak sesuai ditanam di pantai timur pada musim tengkujuh akan kami pindahkan ke kawasan sesuai atau ditanam di negeri pantai barat bagi mengelak risiko kerosakan tanaman yang akhirnya merugikan petani selain membantutkan pengeluaran bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA Kelantan dengan Peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism Kampung Banggol di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah FAMA Kelantan Mohd Ariffin Awang.

Pada majlis sama beliau turut menyempurnakan majlis penyerahan motosikal roda tiga kepada dua usahawan FAMA bagi memudahkan kerja peraih membeli hasil pertanian di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Ahmad berkata FAMA akan memasarkan 500 tan metrik tembikai wangi bernilai kira-kira RM900,000 hasil tuaian musim pertama ladang kontrak Projek Agrotourism Kampung Banggol itu.


Beliau berkata tanaman tembikai wangi yang diusahakan 29 peserta di tapak berkeluasan 41.3 hektar itu dijangka akan memberi pendapatan purata RM20,000 kepada setiap peserta bagi setiap tuaian.

Seorang peserta ladang, Mohamad Nor Hassan, 66, berkata beliau yang mengusahakan tanaman ladang kontrak sejak 2003, berjaya meraih pendapatan lebih RM20,000 bagi setiap musim tuaian.

Katanya dengan hasil jualan itu beliau bersama isteri mampu menunaikan haji dan umrah selain menyara 10 orang anak. – BERNAMA

Kategori