Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kelantan Gelisah Menang Tipis...

KOTA BHARU - Kelantan gelisah selepas menang tipis 2-1 ke atas Sabah dalam...

Makin Popular, KTMB Tambah...

ALOR SETAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan sembilan unit tren...

Mangsa Banjir Di Jasin...

MELAKA - Mangsa banjir di pusat  pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, kekal 42 orang daripada 11 keluarga setakat...

Tikus Jilat Ayam Goreng,...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan...

Farah Ikut Syarat Ibu, Mahu Kahwin Sebelum 30 Tahun

SETIAP wanita pasti jauh di sudut hati mereka tersimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka impian.

Bagi pelakon cantik jelita, Farah Nabilah, dia menjangkakan untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 30 tahun iaitu dalam masa empat tahun lagi.

Di usia 26 tahun, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin akui bahawa dia masih tiada kekasih hati kerana belum lagi bertemu dengan lelaki yang benar-benar sesuai untuk dijadikan calon suaminya.

“Saya masih bujang dan tak ada kekasih. Mungkin sebab saya ni terlalu fokus dengan kerja dan bukan jenis bersosial jadi tak jumpa lagi lelaki yang boleh dijadikan calon suami.

“Banyak masa saya habis dengan kerja, waktu cuti pula dengan keluarga. Malah, ibu letak syarat tak izin saya keluar rumah tanpa tujuan dan mesti tinggal bersama mereka selagi belum kahwin,” katanya dipetik mStar Online.

Sebelum ini, Farah pernah digosipkan dengan pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin selepas mereka sama-sama menjayakan drama rantaian Titian Cinta pada tahun lalu.

Percintaan mereka di dalam drama berkenaan membuatkan ramai penonton mahukan hubungan istimewa itu menjadi kenyataan pula di dunia realiti.

Namun hakikatnya, mereka berdua sememangnya mempunyai sikap yang profesional kerana sekadar bercinta di dalam drama sahaja dan tidak terbawa-bawa ke luar set sehingga menimbulkan kontroversi.


Tambah pelakon yang turut mesra dipanggil Fawa itu lagi, sebab utama dia memasang impian untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun ialah disebabkan faktor usianya kini yang sudah sesuai untuk bergelar seorang isteri ataupun ibu.

“Kalau boleh saya nak berkahwin sebelum umur 30 tahun. Tak perlu nak bercinta lama-lama, kenal sekejap dan kalau rasa sesuai bolehlah kahwin terus.

“Iyalah, sebagai wanita kita nak mengandung lagi dan ada anak-anak. Jadi, lingkungan umur ini pada saya dah patut kahwin.

“Kadang-kadang tu tertekan juga tengok kawan-kawan rapat lain yang dah kahwin, tapi bila fikir semula, ini semua soal jodoh dan kalau sampai waktu ia akan datang juga,” ujarnya lagi.

Farah juga mempunyai ciri-ciri lelaki impiannya antaranya ialah seorang jejaka yang memahami kariernya sebagai anak seni, beriman, rajin, menghormati orang tua dan memiliki paras rupa yang sedap dipandang kata orang.

Dalam masa yang sama, bekas pemenang Program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA)  itu juga sekeras-kerasnya akan mengelak untuk bercinta dengan suami orang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori