Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Tahan 18...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 18 pendatang asing tanpa izin...

Kaki Tumbuh Di Belakang...

BEIJING - Tular satu rakaman video yang menunjukkan seekor lembu dengan kaki kelima...

Selena Gomez Gesa Bantu...

PELAKON dan penyanyi, Selena Gomez bukan sahaja cantik dan menawan malah turut peka...

Dera, ‘Ragging’ Pernah Berlaku,...

KUALA LUMPUR - Walaupun kes penderaan dan 'ragging' pernah berlaku tetapi perkara tersebut...

Fathia Latiff Kecewa Cara Netizen Menegur

PELAKON, Fathia Latiff mengakui kecewa dengan sikap sesetengah pengikut di laman sosial yang tidak menjaga bahasa serta tutur kata ketika meninggalkan komen.

Memetik portal mStar Online, Fathia mengakui bersikap terbuka dalam menerima segala teguran namun terkesan dengan sikap segelintir daripada mereka yang tidak beradab ketika menegur.

“Saya tak ada masalah kalau orang nak tegur, tapi jagalah bahasa itu, jangan sampai guna perkataan lucah dan sebagainya.

“Saya pun manusia biasa, ada perasaan dan hati, mungkin tegur cara kasar begitu normal bagi mereka tapi tidak pada saya.

“Tak ada masalah pun kalau cakap elok-elok. Keluarga, teman-teman dan rakan artis senior pun tegur saya dengan penuh kelembutan,” kata Fathia.

Fathia berkata, dia sememangnya ambil peduli akan setiap komen dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Malah, aktres berusia 30 tahun ini mengakui setiap teguran yang dilontarkan itu banyak membantu dirinya menjadi insan yang berguna dan lebih baik.


“Saya ambil peduli semua komen masyarakat dan jadikan itu sebagai panduan untuk menjadi individu lebih berguna.

“Cumanya cara teguran tu tolonglah lebih beradab. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun menegur dengan cara yang begitu lembut dan berhemah.

“Belajar cara nak tegur orang dulu, kalau nak tegur cara kasar, lebih baik tak payah. Tengok diri sendiri dahulu sebab kita manusia tak ada yang sempurna,” ujar pelakon wanita itu.

Berkongsi mengenai perkembangan terbaru, aktres yang pernah terkenal menerusi drama rantaian, Ariana Rose ini dikatakan bakal muncul dengan single dan memulakan penggambaran drama terbaru tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori