Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maut Kereta Buat Pusingan...

Changlun - Seorang wanita maut manakala dua cedera selepas terbabit dalam kemalangan dua...

Emirates Tempah Pesawat Terbesar...

DUBAI — Syarikat penerbangan terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates bakal menerima dua...

Penampilan Khas Mat Taib...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang...

Kerajaan Selangor Bantu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantu memakmurkan...

Filem ‘Badang’ Hanya Mampu Raih Kutipan RM69,000

JANGKAAN filem Badang untuk lakar rekod pecah panggung ternyata meleset apabila karya berkenaan dilaporkan sebaliknya ‘unggul’ mencatat kutipan langsung tidak memberangsangkan!

Lebih menyedihkan apabila filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu diakui tidak berfungsi dengan baik dan hanya mampu meraih kutipan ‘hebat’ sebanyak RM69,000 sahaja selepas tujuh hari ditayangkan.

Malah, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang sekadar mampu menerima penarafan yang sangat rendah iaitu 1/10 dan dikatakan hanya lima peratus penonton sahaja yang dikesan menyukai filem tersebut.

Ditayangkan sejak 15 Februari lalu, ternyata filem fiksyen aksi adiwira yang memakan belanja sehingga RM2.2 juta ini terus dilihat menerima reaksi kecaman hebat daripada pelbagai pihak sehingga ke hari ini.

Masing-masing meluahkan perasaan kecewa terhadap keseluruhan jalan cerita filem berkenaan yang entah apa-apa termasuk aspek penulisan skrip lemah dan pemilihan pelakon tertentu yang dikatakan tidak sesuai.


Ternyata, usaha meletakkan jutawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri sebagai tunggak utama dalam filem adiwira itu langsung tidak datang hasil malah mengakibatkan karya tersebut gagal begitu cemerlang! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori