Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perunding Kecantikan Dinobat Miss...

SERDANG - Perunding kecantikan Ellicia Wong Bei Ying, 27, malam tadi dinobatkan sebagai...

Pemuda Hina Kerabat Johor...

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Chelsea Willian Ejek...

PEMAIN pertahanan Chelsea, Willian dikesan memperlekeh dan mengejek penyokong Totthenham Hotspurs ketika pasukan...

Thailand Temui Hampir 15...

BANGKOK : Thailand menemui hampir 15 juta tan deposit litium, sekali gus memberi...

“Fokus Saya Dan Farid Hanya Famili” – Diana Danielle

AKTRES dan isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle mendedahkan kehidupan mereka sekeluarga sama sekali tidak terganggu dengan kontroversi kes dadah yang berlaku sebelum ini.

Diana memberitahu sebagai seorang isteri, beliau perlu kuat dalam menempuhi ujian serta menjalankan tanggung jawabnya dengan tenang tanpa dipengaruhi unsur-unsur negatif.

“Saya tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana apa sahaja kenyataan yang diberikan pasti akan memberi kesan. Kami kini lebih fokus kepada keluarga. Keadaan Farid pun okey. Tiada yang merisaukan.

“Tak perlu untuk dikongsikan apa yang sedang saya rasai kepada umum kerana itu tidak akan membantu suami saya pun,” katanya dipetik sebuah portal online.

Ujar Diana, fitrah sebagai manusia biasa di muka bumi ini dia juga mempunyai emosi dan perasaan yang perlu dijaga tanpa perlu ditunjukkan kepada umum.

“Persona saya tenang tetapi sebagai manusia saya ada perasaan yang tak perlu untuk dikongsikan kepada semua.


“Seperti yang orang lain rasa sekiranya mereka melalui apa yang saya alami ini, saya juga sama. Tidak ada bezanya perasaan tersebut tetapi cara kita mengawal keadaan tersebut yang berbeza,” ujar pelakon wanita itu.

Terdahulu, Farid dalam satu sidang media yang berlangsung di The Loft Event Space, Setia Alam mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minuman.

Pada masa sama, Farid turut menafikan dua rakan artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut adalah individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Sekadar mengimbas semula, sebelum ini Farid pernah didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori