Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Penduduk Kecoh Buaya Muncul...

MIRI - Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu...

Afgan Dedah Pernah Jadi...

SIAPA sangka penyanyi muda berlesung pipit kelahiran Indonesia ini pernah mengharungi detik-detik gelap sewaktu...

Dua Beradik Bunuh Suami...

SHAH ALAM - Dua beradik yang disyaki terlibat dalam pembunuhan pasangan suami isteri...

BN Kekal Pertahan Kerusi...

MENANG... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor disahkan menang 'bergaya' dengan raih undi...

Gempar Pintu Tren Rosak, Penumpang Terkandas Sejam

PUTRAJAYA – Sebuah tren KLIA Transit menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan penumpang terkandas kira-kira satu jam di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya di sini hari ini.

Seorang penumpang yang mahu dikenali sebagai Noor, 33, berkata beliau berada di dalam tren itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan sampai ke Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya kira-kira 7.50 pagi.

Bagaimanapun, menurutnya, tren itu tidak bergerak selepas 10 minit dan pengumuman dibuat memaklumkan kepada penumpang bahawa terdapat masalah teknikal pada tren itu.

“Semua penumpang menunggu di dalam tren. Ada yang menunggu di luar kerana tren itu sesak dan lembap.

“Kemudian kami dimaklumkan bahawa ada tren lain yang turut mengalami kerosakan. Penumpang dari tren berkenaan dipindahkan ke tren kami. Perkhidmatan disambung semula pada 8.45 pagi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, KLIA Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam satu kenyataan berkata tren KLIA Transit pada pukul 7.16 pagi menunju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan semua perkhidmatan dari stesen terminal dihentikan sementara.

Katanya ERL memulakan perkhidmatan gabungan untuk kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula 9 pagi.


“Kedua-dua perkhidmatan telah menyambung semula operasi biasa mulai 9.30 pagi. Pelepasan pertama untuk KLIA Transit dari KL Sentral pada pukul 9.33 pagi dan 9.40 pagi untuk KLIA Ekspres.

“Dari klia2, perjalanan biasa untuk KLIA Ekspres adalah pada 9.35 pagi dan KLIA Transit pukul 9.48 pagi,” kata kenyataan itu.

ERL turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku itu. – BERNAMA

Kategori