Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Terjatuh Bot...

TUMPAT - Seorang remaja maut selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya dan terkena...

Bilal Masjid Antara Ditahan...

PENDANG - Seorang bilal sebuah masjid adalah antara lima lelaki yang ditahan Agensi...

“Kalau Tak Sedar Dari...

KUALA LUMPUR - "Saya masih tidur (ketika kejadian), terhidu bau asap dan rasa...

Krisis Ukraine-Rusia: Darurat 30...

DARURAT selama sebulan diisytihar di seluruh Ukraine pada Khamis ketika kebimbangan pencerobohan oleh...

Guna Satu Jari Demi Cari Rezeki

SITIAWAN – “Ini dugaan kami, harap isteri sentiasa kuat menghadapinya bersama, namun saya mohon mereka yang tahu rawatan terbaik untuk penyakit ini boleh membantu saya,” kata Mohd Hezriza Rasidi, 36, yang menderita penyakit gout athritis kronik.

Mohd Hezriza, kini terlantar di rumah sejak setahun lalu selepas penyakitnya semakin serius menyebabkan kedua-dua kaki dan jari tangan membengkak, selain sendi semakin lemah.

Bapa tiga anak itu berkata, dia bergantung sepenuhnya dengan isteri, Rohaida Md Tahir, 35, untuk menguruskan diri kerana tidak berupaya untuk bangun dan duduk.

“Sebelum ini saya bekerja di Sepang, Selangor, dan mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) tiga tahun lalu sebelum pulang ke kampung isteri di sini dan menjalankan perniagaan dalam talian.

“Ketika masih bekerja dulu pun sudah ada bahagian yang membengkak namun tidak teruk dan masih boleh berjalan.

“Namun, keadaan semakin teruk sejak Mac tahun lalu sehingga saya tak berupaya untuk bergerak,” katanya di rumah mentuanya di Lorong Indah, Kampung Serdang di sini, semalam.

Kisah Mohd Hezriza turut tular di Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak awal minggu ini.

Mohd Hezriza berkata, dia kini terpaksa memakai lampin pakai buang dan bahagian yang membengkak terasa sakit serta berdenyut apabila waktu malam dan cuaca sejuk.

“Biarpun begitu, saya tidak hanya mahu duduk dan sehingga kini masih meneruskan perniagaan dalam talian biarpun pergerakan terbatas,” katanya yang menggunakan satu jari untuk menyentuh skrin telefon pintar.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak menyangka dan terkejut apabila kisahnya tular serta mendapat perhatian orang ramai dan agensi berkaitan.


Bagaimanapun, katanya, dia serba salah dan bimbang jika kisah yang tular itu disalah erti orang ramai kerana percaya masih ada orang lain yang menghadapi dugaan lebih hebat daripadanya.

“Namun, saya tidak menolak jika orang ramai yang prihatin mahu membantu kami dan sangat berterima kasih kepada semua yang sudah membantu kami termasuk bekas majikan.

“Saya sangat mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi membantu dari segi rawatan untuk penyakit ini yang boleh datang ke rumah kami kerana saya tidak berupaya ke mana-mana.

“Jika dapat menguruskan diri sendiri, dapat duduk dan berdiri seperti dulu pun saya bersyukur,” katanya yang turut berusaha dengan rawatan alternatif selain hospital.

Mohd Hezriza kini menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori