Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tren ETS Tambahan Sempena...

Kuala Lumpur : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren...

Powerful Words in Income

Our authors have at minimum a Master's diploma in their own specific discipline....

Penganggur Sorok Uncang Dadah...

DUNGUN - Seorang individu didapati menyorok sejumlah dadah yang bernilai RM7,050 di dalam...

Gadis Jujur Cari Lelaki...

BAYANGKAN ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah, tiba-tiba anda terjumpa sebuah kotak yang...

Guru Di Afrika Ajar Sistem Windows Tanpa Komputer

BAYANGKAN bagaimana kalau anda diminta mengajar tentang komputer kepada pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan dunia IT, tanpa menggunakan alat elektronik tersebut.

Situasi sukar itulah yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Ghana, Afrika yang bertungkus-lumus mengajar para pelajarnya untuk tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat.

Disebabkan tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi dan kemampuan pihak sekolah yang terhad, Richard Appiah Akoto sanggup mengajar menggunakan kapur dan papan hitam berkenaan komputer dan cara menggunakannya!

Dalam gambar tular itu, Richard dilihat melukis kembali struktur Graphical User Interface (GUI) aplikasi Microsoft Word yang lengkap bersama lambang dan ikonnya dengan hanya menggunakan kapur berwarna di papan hitam.

Sementara para pelajarnya tekun meniru gambar itu di buku catatan mereka.

“Saya sangat menyayangi murid-murid saya, jadi saya harus melakukan apapun sehingga mereka dapat memahami apa yang saya ajarkan,” katanya.

Situasi pembelajaran tersebut telah mendapat perhatian daripada beberapa pihak antaranya seorang pelajar Islam PhD Amirah Alharthi dari Universiti Leeds, England yang telah menyumbangkan sebuah laptop ke sekolah tersebut.


Tidak lama selepas itu, pihak sekolah telah menerima sumbangan sebanyak lima buah komputer, tiga kotak buku ICT serta satu komputer riba untuk pembelajaran.

Kemudian, Richard mendapat undangan terbang ke Singapura bagi menghadiri Konferens Global Exchange Summit Microsoft pada 13 hingga 15 Mac lepas.

Menurutnya, pihak Microsoft sendiri telah bersetuju menyumbangkan komputer di sekolah berkenaan.

Richard Appiah Akoto.

Lapor sebuah portal online, kini, Richard telah kembali mengajar dengan komputer dan laptop yang telah diterima daripada pihaknya oleh penyumbang luar.

Guru tersebut boleh dijadikan contoh sebagai seorang pendidik yang mempunyai kesungguhan dalam mengajar murid-muridnya tanpa berkira-kira terhadap ilmu yang dimilikinya.

Situasi yang berlaku di sekolahnya sekaligus menggambarkan suasana pembelajaran di kebanyakan sekolah di Afrika yang memerlukan banyak bantuan.– MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori