Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

6 Batang Besi Tertusuk...

XIANGYANG - Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.Xie...

Lelaki Buat Bahan Letupan...

NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang lelaki dan merampas empat batang paip polivinil...

Pegawai Kastam Wanita Maut...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang koma...

PM Jalani Pemeriksaan Di...

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya menjalani pemeriksaan kesihatan...

Hadapi Kepungan, Qatar Beli Helikopter Perang Baharu

QATAR yang sedang berdepan krisis diplomatik akibat dikepung pakatan diketuai negara jirannya Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan belanja ketenteraan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam perbelanjaan terbaru yang berprofil tinggi, Doha pada Rabu mengumumkan perbelanjaan sebanyak AS3.71 bilion membeli 28 buah helikopter tentera.

Pembelian pesawat NH90 buatan Eropah itu diumumkan dalam satu pameran peralatan ketenteraan di Doha.

Firma Itali Leonardo bertindak sebagai kontraktor utama, tetapi perjanjian itu ditandatangani bersama NHI Consortium melibatkan Airbus dan Fokker dari Belanda.

“Kami berbangga dapat menandatangani kontrak ini yang meluaskan dan meneruskan kerjasama kukuh dan jangka panjang kami dengan Qatar,” kata Alessandro Profumo, ketua pegawai eksekutif Leonardo.

Katanya penghantaran helikopter tentera itu dijangka bermula pada 2022.

Pada hari yang sama, Qatar juga mengumumkan satu memorandum persefahaman dalam bidang keselamatan siber ditandatangani dengan Raytheon, kontraktor pertahanan Amerika Syarikat.


Qatar dipulau oleh Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir sejak sembilan bulan lalu, berkait pertikaian politik, diplomatik dan ekonomi antara negara terbabit dengan Doha.

Menteri Pertahanan Qatar Khalid bin Mohammad al-Attiyah mendakwa pakatan negara Arab itu pernah merancang untuk menakluk negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 itu.

Sejak krisis politik itu bermula, Qatar yang terancam telah membelanjakan AS$30 bilion untuk membeli peralatan pertahanan.

Antara pembelian terbesar ialah jet pejuang F-15 dari AS, pesawat Rafale dari Perancis dan Typhoon dari Britain. – AFP/Mynewshub.cc

Kategori