Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pecat Coach Tak Cukup,...

DISEBABKAN prestasi bola sepak Selangor yang merudum, banyak pihak mula menggesa agar kepimpinan Persatuan...

Polis Selamatkan 100 Mangsa...

Kuala Lumpur - Seramai 100 wanita warga asing yang dipercayai mangsa eksplotasi seks...

Polis Tahan Pengedar Dadah,...

KINABATANGAN - Polis menahan seorang lelaki warganegara Indonesia dan merampas sepucuk pistol berserta...

Permohonan Qazaf Anwar Terhadap...

SHAH ALAM - Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah...

Hafizh Syahrin Raih Dua Mata Di Qatar

KUALA LUMPUR – Pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mengutip dua mata selepas mencatat masa yang memberangsangkan dalam penampilan sulungnya, pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia 2018, di Grand Prix (GP) Qatar, di Litar Antarabangsa Losail, Ahad.

Pelumba muka baharu itu yang bermula di petak ke-15, menamatkan perlumbaan dengan catatan 20.299 saat di belakang pemenang perlumbaan, Andrea Dovizioso dari Itali yang mewakili pasukan Ducati.

Dovizioso menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit dan 34.654 saat, diikuti pelumba Sepanyol, Marc Marquez (pasukan Repsol Honda) dan pelumba Itali Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) berada di belakang pendahulu pertama dan kedua, dengan catatan +0.027s dan +0.799s.

Hafizh Syahrin berusaha keras menamatkan saingan di kedudukan ke-14, dan membolehkannya meraih dua mata berharga.

“Saya dapat berlumba dengan baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, kerana mereka sempurnakan tugasan dengan hebat. Saya menamatkan perlumbaan MotoGP pertama saya dengan meraih mata, iaitu melepasi sasaran saya, tetapi jika anda memberi tumpuan dan motivasi (bagi perlumbaan ini), tiada yang mustahil.

“Tinggal tujuh pusingan untuk tamat, saya tukar kuasa jentera dan tinggal empat pusingan lagi, saya menukar kembali kuasa jentera. Ia juga sebahagian besar daripada pembelajaran saya untuk memahami elektronik. Saya agak gementar dalam perlumbaan ini, saya tidak mahu melakukan sebarang kesilapan.


“Saya tamatkan perlumbaan dengan membawa pulang dua mata untuk pasukan, dan ini amat menggembirakan saya. Saya harap saya dapat perbaiki lagi catatan ini pada perlumbaan akan datang dan akan tingkatkan latihan untuk lebih bersedia dan dapat memberi saingan kepada semua pelumba,” kata muka baharu berusia 23 tahun ini dalam catatan di laman web rasmi pasukannya.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa rakan sepasukannya, Johann Zarco dari Perancis yang bermula di petak pertama, mengetuai perlumbaan dari awal hingga lima pusingan terakhir sebelum semakin ketinggalan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan (+7.112s).

Selepas Grand Prix Qatar, pusingan seterusnya berlangsung di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina dari 6-8 April. – BERNAMA

Kategori