Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beri Laluan PRU14: Parlimen...

KUALA LUMPUR – Parlimen dibubarkan pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan...

Melaka Bentang Bajet 2018...

MELAKA — Kerajaan negeri Melaka hari ini membentangkan Bajet 2018 melibatkan peruntukan berjumlah...

JPJ Diarah Bayar Ganti...

SHAH ALAM - Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan...

CUEPACS Rayu Kekal Rumah...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 70 peratus penjawat awam di seluruh negara belum memiliki...

Halau 23 Diplomat, Hubungan Britain-Rusia Makin Buruk

HUBUNGAN Britain dengan Rusia menjadi semakin buruk ekoran kes keracunan bekas perisik Rusia, Sergei V. Skripal dan anak perempuannya yang kini tenat di hospital.

Menurut Perdana Menteri Britain, Theresa May, negara itu menghentikan semua hubungan peringkat tertinggi dengan Rusia dan menghalau 23 diplomat Rusia dari Britain, yang diberi masa seminggu untuk keluar.

Tindakan menghalau diplomat Rusia ini ialah yang terbesar sejak lebih 30 tahun lalu semasa Britain dan Kesatuan Soviet bermusuh semasa Perang Dingin.

Pada 1985, 31 diplomat Rusia dihalau dari Britain selepas agen Rusia, ketua biro KGB di London, Oleg Gordievsky berpaling tadah.

May juga mengumumkan yang kerajaan Britain bersetuju mewujudkan kuasa baharu untuk mengekang aktiviti perisik asing di Britain, dan pada masa sama menarik balik jemputan kepada Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov untuk melawat London.

Lavrov menafikan sekeras-kerasnya dakwaan May itu, mengatakan Rusia tidak ada kena-mengena dengan insiden itu dan mendakwa Britain sengaja mencetuskan satu “drama politik”.

Skripal, bekas pegawai perisikan Rusia dipenjara pada tahun 2006 atas kesalahan menjual rahsia kepada pihak British. Pada 2010, beliau dihantar ke Britain sebagai satu perjanjian pertukaran perisik antara kedua-dua negara.

Skripal, 66, dan anaknya Yulia, 33, ditemukan dalam keadaan lemah tidak sedarkan diri di sebuah bangku taman di bandar Salisbury pada 4 Mac lalu.

Kes ini menambah senarai keracunan perisik Rusia berprofil tinggi di Britain, selepas pembunuhan Alexander Litvinenko pada 2006, bekas perisik Rusia yang diracun dengan bahan radioaktif di London.


Rusia menafikan terlibat dalam insiden ini dan duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya berkata Britain perlu mengemukakan “bukti material” untuk menyokong dakwaannya.

May dilihat berdepan suasana agak sukar dalam menangani isu ini pada masa Britain telah mengambil keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai hubungan baik dengan Rusia.

London walau bagaimanapun disokong kuat oleh duta AS ke PBB, Nikki Haley yang berkata Washington berdiri teguh bersama Britain dalam hal ini, selari dengan hubungan istimewa kedua-dua negara.

“AS percaya Rusia bertanggungjawab dalam serangan ke atas dua orang terbabit menggunakan agen saraf gred tentera,” kata Haley dalam satu sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB.

Kenyataan Haley itu ialah yang paling keras dikeluarkan dari pentadbiran Trump. – Agensi/Mynewshub.cc/H

Kategori