Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Van Jenazah Ke HKL,...

PUTRAJAYA - Van jenazah yang dipercayai membawa jasad Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin...

Kes Covid-19 Akan Naik...

PETALING JAYA : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid-19 akan meningkat dengan...

MB Perak Sertai MBI...

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pemeriksaan mengejut...

Remaja Bunuh Diri, Teman...

RAIPUR - INDIA. Seorang remaja berusia 19 tahun membunuh diri selepas dipaksa menyaksikan...

Hamidin Calon Terbaik Presiden FAM – KJ

DUNGUN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon sesuai selaku pemimpin nombor satu FAM yang kini kosong ekoran peletakan jawatan Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada Ahad lepas.

Khairy berkata Hamidin adalah individu paling layak ​​​​kerana menepati beberapa ciri yang diperlukan untuk memegang jawatan berkenaan dalam badan induk bola sepak negara itu.

“Saya nampak beliau (Hamidin) layak dan berpengalaman serta mempunyai jaringan yang baik dalam dunia bola sepak. Ini secara peribadi, tetapi terpulang kepada anggota gabungan FAM termasuk persatuan bola sepak negeri untuk memilih.

“Presiden FAM dipilih melalui pemilihan. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri juga layak dan terpulang kepada anggota gabungan. Tetapi, untuk menjadi presiden FAM harus ada pengalaman di peringkat kebangsaan, negeri dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis meletak batu asas Projek Pembinaan Kompleks Velodrom Berbasikal Daerah Dungun di Kampung Balai Besar, dekat sini, semalam.

Selepas melepaskan jawatan secara rasmi sebagai Presiden FAM pada Ahad lepas, Tunku Ismail berkata Hamidin sebagai individu paling layak menerajui FAM bagi menggantikan tempat baginda.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Hamidin juga mempunyai pengalaman dalam aspek pengurusan ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor.


“Saya sarankan FAM adakan pemilihan secepat mungkin kerana kita tidak mahu tempoh ketiadaan presiden itu dalam waktu yang lama. Mungkin yang ada sekarang boleh menjalankan tugas..tetapi saya harap soal kepimpinan sukan nombor satu di Malaysia ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

Ia turut diserikan dengan kehadiran dua pelumba basikal negara kelahiran Terengganu, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa. – BERNAMA

Kategori