Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MB Perlis Harap Kerajaan...

KANGAR – Kerajaan Perlis berharap kerajaan Persekutuan menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dirancang...

Sarawak Rekod 92 Kes...

KUCHING - Sarawak merekodkan 92 kes baharu gigitan haiwan merangkumi  42 kes  di Serian,...

Permohonan Ukraine Untuk Sertai...

STRASBOURG, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Ukraine mungkin akan mengambil...

Jurutol Nyaris Maut lori...

BUKIT MERTAJAM - Seorang jurutol lelaki nyaris maut selepas sebuah lori yang membawa...

Hampir 2,000 Agensi Laksana Ikrar Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,966 agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga 23 Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata demikian dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu jumlah terkini mereka yang telah melaksanakan IBR dan menjadi Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

IBR yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji secara sukarela oleh para kepimpinan organisasi dan warganya bagi menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah diperkenal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal 2017.

Dalam pada itu, Paul Low berkata sehingga tarikh sama, SPRM menerima 160,000 permohonan untuk menjadi ahli Sahabat Gerah dan seramai 95,104 daripadanya telah diluluskan.

Gerah yang diwujudkan pada Ogos tahun lepas bermatlamat memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah dan memeranginya secara habis-habisan. – BERNAMA

Kategori