Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Basikal Elektrik Boleh Lipat...

MUNICH - Sebuah basikal elektrik berharga £691 (RM3,600) dan boleh dilipat adalah antara...

Sultan Johor Terima Kereta...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerima replika kenderaan ikonik...

2 Beradik Dikhuatiri Lemas...

BACHOK - Dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama tiga rakan di...

Mayat Kanak-Kanak 6 Tahun...

PORT DICKSON - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang ketika berkelah bersama...

Hanez Suraya Nafi Rumah Tangga Tengah Goyah

PELAKON, Hanez Suraya yang terkenal menerusi drama Sedetik Cinta menolak dakwaan rumah tangganya bersama Romie Razin Adilha Abd Rais yang dibina sejak 2015 kini goyah.

Tambahan pula, baru-baru ini Hanez dilihat pergi bercuti bersama-sama teman-teman baik tanpa ditemani suami. Situasi itu seolah-olah menguatkan lagi dakwaan wujudnya persengketaan antara Hanez dan suami.

Bagaimanapun, jelas Hanez hubungan dengan suaminya masih baik dan tidak seperti yang didakwa.

“Semua itu hanya andaian sesetengah orang. Bagi saya, mereka memang boleh terus berteka-teki dan mulut masing-masing tentu saja bukan mudah untuk ditutup.

“Dakwaan kononnya rumah tangga kami goyah tidak betul. Malah, pada 14 Mac lalu, saya dan suami menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan kami.

“Sebelum ini pun saya ada menjalankan perniagaan tudung dan koleksi pakaian sedia untuk pakai. Ketika itu, tiada pula isu saya berniaga sebab rumah tangga berantakan,” kata Hanez dipetik BH Online.

Kata Hanez, sejak masih belum berkahwin lagi dia sememangnya sudah biasa memegang duit sendiri dan berbelanja menggunakan pendapatan tersebut.

“Sebagai wanita, saya rasa kita perlu ada pendapatan sendiri. Ia memudahkan kita untuk mendapatkan apa yang diingini.


“Sebelum berkahwin lagi saya sudah terbiasa dengan berbelanja duit sendiri, hasil aktiviti lakonan. Lagipun, saya ada tanggungan sendiri seperti cukai pendapatan, kereta dan sebagainya,” katanya lagi.

Tambah Hanez, meskipun sudah mempunyai anak dan suami namun keluarga sendiri juga tidak boleh diketepikan.

“Saya juga ada ibu bapa yang nak ditanggung, selain keperluan diri. Semua itu membuatkan saya bersemangat untuk mencari rezeki. Sebagai anak sulung, saya masih ada tanggungjawab terhadap keluarga.

“Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, tidak bermakna jasa ibu bapa boleh dilupa. Sebaliknya, inilah masa untuk saya balas jasa mereka,” tambah Hanez.

Sementara itu berkongsi mengenai perkembangan perniagaannya, Hanez memberitahu usaha untuk menjalankan perniagaan sambal bilis masakan ibunya iaitu Fadilah Abd Malik adalah secara kebetulan sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori