Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Maraton Malaysia Batal Kerana...

PUTRAJAYA - Maraton Malaysia 2017 terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan penganjur mencapai sasaran mendaftarkan...

Hitung Detik Bahagia, Rody...

TANDA tanya status hubungan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody dan tunangnya, penjaga gol...

Guru Terjatuh Bot Ditemui...

IPOH - Seorang guru sekolah menengah di Teluk Intan yang terjatuh dari bot...

Najib Kagum Acara Lelongan...

SEPANG — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan...

Hans Optimis Zainal Bakal ‘Gegar’ Lawak Ke Der 2018

PEMENTASAN Lawak Ke Der telah beberapa kali dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sejak 2012 dan sering dapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

Pementasan yang dipersembahkan oleh pelawak-pelawak nama besar seperti Jozan, Boboi, Bocey dan Harith Iskander telah menguatkan lagi imej prestij acara tersebut sebelum ini.

Selepas setahun berehat, kini pementasan Lawak Ke Der bakal kembali memeriahkan Istana Budaya dari 29 hingga 31 Mac ini dengan penampilan beberapa muka baharu.

Kali ini, muka baharu yang dijemput membuat persembahan bukan sahaja merupakan pelawak terkenal, tetapi pihak produksi turut membuat kejutan dengan menampilkan penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin.

Kehadiran Zainal bukanlah untuk menyanyi, tetapi turut sama membuat persembahan komedi pada hari pementasan itu nanti.

Menurut penerbit Lawak Ke Der 2018, Datuk Hans Isaac, dia optimis Zainal akan berjaya melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik serta sedia maklum akan kebolehan penyanyi tersebut melawak.

“Saya tahu Zainal mempunyai sesuatu yang unik, yang boleh diketengahkan dalam program ini. Ketika menyaksikan konsertnya, tahun lalu, saya lihat beliau mempunyai potensi .

“Ia boleh dibawa ke pentas Lawak Ke Der kerana celotehnya memang melucukan. Tak sangka beliau mempunyai bakat untuk menjadi pelawak,”

“Isi kandungan jenakanya juga bagus dan saya yakin, penonton boleh menerimanya kerana ia memuatkan kisah benar serta pengalaman yang pernah dilaluinya,” katanya dipetik BH Online.

Hans ditemui ketika menghadiri majlis siding media Lawak Ke Der 2018 di Istana Budaya, beberapa hari lalu.


Selain Zainal, turut memeriahkan Lawak Ke Der edisi keenam ini adalah penghibur terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki, pelawak yang sinonim dengan watak Phua Chu Kang dari Singapura, Gurmit Singh dan kumpulan Shiro.

Sherry Alhadad dan Syuk pula akan bertindak sebagai pengacara pementasan yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai langkah yang diambil pihak produksi untuk memastikan kandungan lawak yang disampaikan tidak menyentuh isu sensitif dan kontroversi, Hans berkata bahawa mereka diberi kebebasan dari segi kandungan.

Bagaimanapun, Hans tetap mengambil pendekatan untuk memberikan peringatan kepada semua artis terbabit untuk mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan pihak penerbit.

“Saya tidak boleh menghalang mereka daripada bercerita apa saja topik untuk dijadikan bahan jenaka kerana masing-masing diberikan kebebasan dari segi kandungan.

“Cuma, kalau nak sentuh sesuatu isu dan menujukannya kepada seseorang, diharapkan mereka tidak menyebut sebarang nama tertentu.

“Selain itu, mereka juga terikat dengan garis panduan, iaitu tidak menyentuh perkara sensitif seperti agama dan juga seks,” jelasnya. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori