BIASANYA, apabila anda mahu mendaki gunung dengan ketinggian ratusan meter dari permukaan, pastinya memerlukan tenaga dan ketahanan badan. Tapi tidak bagi gunung yang terkecil di dunia.
Dengan ketinggian 0.6 meter sahaja, hanya perlu selangkah untuk sampai ke puncak gunung terkecil di dunia ini.
Gunung tersebut dikatakan terletak di Wilayah Shandong, China yang dinamakan Gunung Jingshan.
Menurut rekod, Gunung Jingshan berusia hampir 100 tahun, namun tidak dapat dipastikan lagi kedalaman gunung ini.Ā Dipercayai bahawa, kedalamannya lebih besar daripada apa yang dilihat.
Lapor portal Tribunnews, mantan Kurator Muzium Shouguang Bo, Zheng Binhai berkata, usaha penggalian pernah dilakukan semasa zaman pemerintahan Mao Zedong dahulu.
Gunung tersebut telah digali untuk membuktikan bahawa ia bukan sebuah gunung, melainkan batu sederhana. Namun setelah digali beberapa meter, masih lagi tidak jumpa pangkal gunung itu dan mereka akhirnya menyerah.
Pada tahun 1958, usaha mencari gali bagi mengkaji kedalaman sebenar gunung ini pernah dilakukan sekali lagi, namun turut tidak membuahkan sebarang hasil.
Sejak dari itu, langsung tiada lagi individu yang sanggup cuba menggali gunung terkecil ini.
Pihak berkuasa Shouguang telah menetapkan untuk menjadikan Gunung Jingshan sebagai tempat persinggahan dan pelancongan yang akan memberi keuntungan kepada wilayah tersebut. āĀ MYNEWSHUB.CC/MIZE