Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Banjir: Yayasan Milik Siti...

KUALA LUMPUR - Badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh penyanyi Datuk Siti...

City Lebih Gol Berbanding...

LONDON - Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini meneruskan perang mulutnya dengan Jose Mourinho...

Derita Rohingya Di Kem...

BERIKUT merupakan perkongsian pengalaman dicatat oleh bekas wartawan Utusan Malaysia, Syahril Abd Kadir...

Menteri Tak Jawab Soalan...

KUALA LUMPUR - Takiyuddin Hassan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui...

Hapuskan Rasuah, Naikkan Imej Sukan Negara

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat imej sukan negara lebih cemerlang dan bersih di masa hadapan tanpa dinodai isu rasuah, terutamanya gejala mengatur perlawanan yang dilihat akan membantutkan perkembangan atlet.

“Kita lihat sukan kita sering tercalar dengan pelbagai perkara yang merosakkan susu sebelanga, antaranya apabila dalam perlawanan bola sepak perlawanan itu dijual dan bookies memainkan peranan utama kejayaan bukan bakat, kemahiran dan kesungguhan (atlet).

“Ini sudah tentunya tidak adil kepada ahli-ahli sukan dan rakyat Malaysia yang merupakan pendukung dan peminat sukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017 di sini, malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berjanji akan memastikan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berada di barisan hadapan dalam membanteras gejala tersebut dalam kalangan atlet negara.

Turut hadir, pengerusi Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Ahmad Zahid berkata kerajaan, selain badan-badan dan persatuan-persatuan sukan negara, memberi komitmen yang tinggi dalam meletakkan satu mercu tanda yang baik kepada imej sukan, maka gejala seperti rasuah perlu ditangani secara bersama.

“Biarlah hanya mereka yang bersih dan mereka yang berbakat berdasarkan kepada latihan berada di persada kejuaraan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, timbalan perdana menteri berkata dalam merealisasikan matlamat negara untuk menghasilkan lebih ramai jaguh sukan, Kementerian Belia dan Sukan akan diberi peruntukan lebih besar.


“Jaguh sukan bukan lahir kerana ia disebabkan keturunan, kejaguhan sukan dan ketokohan seseorang itu dimunculkan kerana latihan-latihan berterusan dan bersungguh-bersungguh.

“Maka pada hemat saya, ia harus dilaksanakan dengan berstruktur dan berkesinambungan, ia mesti ada konsisten dan tentunya KBS , insya-Allah akan diberi peruntukan lebih besar,” katanya.

Dalam memacu sektor sukan ke hadapan, Ahmad Zahid turut melahirkan harapan supaya KBS dan badan-badan sukan untuk terus memainkan peranan ke hadapan.

“Apatah lagi menjelang 2050 kita akan letak negara kita sebagai ‘top 20 nation in the world’. Jadi diharap tempoh berbaki 32 tahun akan digunakan sepenuhnya untuk letak mercu tanda lebih gemilang,” katanya.

Majlis tahunan itu menyaksikan jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan juara dunia olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik.

Selain itu, atlet cilik sukan ski air, Aaliyah Yoong Hanifah dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Muda, manakala pasukan boling elit wanita dan pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green dinamakan sebagai penerima Anugerah Khas. -BERNAMA

Kategori