Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Tegak Kepastian Hukum Selesai...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mendukung kepastian hukum bagi penyelesaian pertikaian yang berkesan...

Gula-Gula Berbentuk Kemaluan Lelaki...

KIRA-KIRA 7,200 paket gula-gula jenama Dragon Sweets yang diimport dari China telah ditarik...

Dron Bawa Lelaki Miskin...

KISAH lelaki miskin di Ghana dapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di...

Ikatan Dedah Konspirasi Bersih...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir...

Harga Minyak 29 Mac Hingga 4 April Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis petrol dan diesel kekal seperti minggu sebelumnya.

Ia adalah susulan permintaan kukuh ketika Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah dan trend harga pada tahap yang konsisten di pasaran global.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 6 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 kekal pada harga minggu sebelumnya iaitu RM2.20 seliter.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan pada RM2.47 seliter, sama seperti harga minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan kekal seperti minggu sebelumnya iaitu RM2.18 seliter.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 29 Mac sehingga 11.59 malam pada 4 April 2018.


Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori