Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TNB Buat Persediaan Pelapasan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan...

Laman Web Papar Karikatur...

DIPERCAYAI terdapat sebuah laman web lucah yang berasal dari negara seberang semakin tersebar...

Ronaldo Dedah Cerita Di...

MENJELANG kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 yang diadakan di Rusia pada...

Video Viral, Keluarga Sambut...

BAGI mereka yang meraikan Hari Natal sudah semestinya kad sambutan, makan malam bersama...

Harga Semua Jenis Minyak Jatuh Seminggu Ini

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan harga semua jenis minyak ditetapkan jatuh.

Ia memang dijangka ekoran permintaan merosot selain langkah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah berkurangan di pasaran global.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 hanya jatuh tiga sen kepada RM2.18 seliter berbanding RM2.21 seliter minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga turun tetapi cuma sebanyak dua sen kepada RM2.45 seliter dibandingkan dengan RM2.47 seliter.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan pun merosot sebanyak satu sen lagi kepada RM2.16 seliter daripada harga minggu sebelumnya iaitu RM2.17 seliter.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 15 Mac sehingga 11.59 malam pada 21 Mac 2018.


Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori