Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Seludup 18.7 Kilogram Dadah...

KUALA TERENGGANU : Polis mengesan taktik baharu penyeludupan dadah ke negara ini melalui...

“Mesut Ozil Bukan Lagi...

BEKAS pemain Manchester United, Rio Ferdinand mengakui beliau tiada halangan untuk menerima Mesut...

Subsidi Haji Untuk Yang...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan...

Kekangan Warga Emas Dapatkan...

JITRA - Tidak semua warga emas mempunyai keupayaan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin...

Hari Keempat, Siti Sambung Berpantang Di Rumah

SELAMAT berpantang diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sudah dibenarkan pulang selepas hampir lima hari berada di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Baca: Siti Dedikasi Entri Penghargaan Buat Peminat

Juga: Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Rozi Abdul Razak selaku pengurus peribadi Siti telah mengesahkan perkhabaran tersebut.

“Ya, hari ini Siti sudah dibenarkan pulang. Namun, doktor berpesan supaya beliau berehat dengan sebaiknya.

“Siti ada memberitahu saya, beliau agak sedih juga sebenarnya nak meninggalkan pusat rawatan berkenaan kerana sepanjang beberapa hari di situ, beliau dan bayinya dijaga dengan baik oleh mereka,” katanya.

Menurut video yang dimuat naik oleh Rozi, kelihatan Siti sedang dalam perjalanan bagi meninggalkan pusat perubatan terbabit bersama dengan suami dan bayi kesayangan mereka yang kini digelar sebagai Fatimah Az-Zahra.

Siti sempat memberi ucapan penghargaan kepada kesemua kakitangan Gleaneagles atas kesudian mereka merawat dan memberi layanan yang baik buat keluarga besar itu.

Kebanyakan peminat sempat menitipkan ucapan selamat berpantang buat penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu di ruangan komen Instagram Siti dan Rozi sendiri.


Walaupun baru beberapa hari bersalin, Siti tetap kelihatan berseri-seri dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibirnya itu.

Bagaimanapun, isteri kepada Datuk Seri Mohamad Khalid itu perlu berehat dalam beberapa bulan daripada sekarang namun kemungkinan dia akan kembali aktif pada penghujung tahun ini.

“Kalau boleh, kami mahu membiarkan Siti berehat sehingga lepas musim Aidilfitri nanti kerana itulah juga masa sesuai untuk beliau kembali aktif. Bagaimanapun, kami tak nafikan beliau ada perniagaan yang mungkin memerlukannya kembali bekerja lebih awal, iaitu pada Ramadan dan hari raya.

“Begitupun, Siti cuma akan benar-benar aktif bermula pada hujung tahun, sehinggalah 2019. Banyak tawaran mengadakan persembahan yang diterima, selain merakam single baharu,” tambah Rozi yang juga merupakan kakak ipar penyanyi itu.

Dalam masa yang sama, video muzik rasmi lagu Comel PIpi Merah bakal siap tidak lama lagi dan puteri kesayangan Siti bakal memberi penampilan khas ketika itu.

Isnin lalu, Siti telah selamat melahirkan puteri sulung yang dinantikan olehnya selama 12 tahun itu dengan berat 3.55 kilogram pada ukul 8:17 pagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori