Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Bunuh Bapa Sendiri...

BELAGA - Polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun pada 11 pagi semalam...

Wabak Baru Demam Babi...

BEIJING - Kementerian Pertanian China tidak menolak kemungkinan wabak demam babi Afrika baharu...

Ayob Khan Tak Pernah...

AYOB Khan Tak Pernah Gentar: Dia Polis Sejati! Ugutan bunuh terhadap Ketua Cawangan Anti Pengganas...

Gajah Ditangkap Di Ladang...

KOTA KINABALU - Seekor gajah jantan, yang ditangkap di sebuah ladang sawit di...

Hawaii Lokasi Bulan Madu Paling Popular 2017

SEOUL – Hawaii merupakan destinasi paling popular untuk berbulan madu tahun lepas, diikuti pulau peranginan Phuket di Thailand, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin memetik kenyataan agensi pelancongan terbesar di Korea Selatan.

Menurut Hana Tour, kira-kira 18.6 peratus daripada sejumlah 19,000 pasangan berbulan madu yang membeli pakej pelancongan yang ditawarkannya tahun lepas memilih pusat peranginan di Amerika Syarikat itu sebagai destinasi.

Hana Tour berkata populariti Hawaii terletak pada hakikat bahawa pasangan yang baharu berkahwin mempunyai banyak lokasi pilihan untuk bersiar-siar, membeli-belah dan melakukan sukan akuatik di Honolulu, Oahu serta beberapa pulau lain.

Phuket berada di tangga kedua dengan 15.3 peratus diikuti Guam dan Bali, kedua-duanya sebanyak 10.7 peratus.

Destinasi lain yang digemari ialah barat Eropah iaitu sebanyak 10.3 peratus, Maldives (6.9 peratus), Koh Samui, Thailand (5.4) dan Cancun, Mexico (5.1).


Interpark Tour, satu lagi agensi pelancongan terkenal, turut menyatakan bahawa Hawaii adalah lokasi berbulan madu paling popular tahun lepas diikuti Phuket, Maldives, Bali, Cancun dan Danang di Vietnam. – BERNAMA

Kategori