Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mosti Nafi Khabar Angin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan khabar angin di media sosial kononnya Tsunami dan...

Pasangan Ini Berpisah Kerana...

BIASALAH alam rumah tangga pasti ada pahit manisnya. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka. Begitulah...

Banjir: Kerugian Pertanian Masih...

PASIR MAS - Kerajaan masih menilai kerugian yang dialami sektor pertanian berikutan bencana...

Kombinasi Pemain Tempatan, Import...

MELAKA - Melaka United (MU) berharap kombinasi baharu pemain import dan tempatan mampu...

Hodak Mahu Pasukan B-18 Tampil Prestasi Terbaik

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menggesa anak buahnya mempamerkan prestasi terpuji pada Piala Sanix 2018 di Fukuoka, Jepun dari 15 hingga 18 Mac ini, memandangkan beliau sedang mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi dua kejohanan besar pada Julai dan Oktober tahun ini.

Jurulatih kelahiran Australia itu berkata matlamat utama pada kejohanan empat hari itu adalah bagi memberi pendedahan antarabangsa kepada pemain muda sebelum mereka beraksi pada kejohanan lebih besar – Kejohanan Bola Sepak Asean (AFF) B-18 2018 pada Julai, dan Kejohanan Bola Sepak Asia (AFC) B-19 2018 pada Oktober.

“Sebenarnya, penyertaan pada kejohanan ini bertujuan memberi pengalaman antarabangsa kepada pemain. Tujuannya untuk menilai kemampuan pasukan ini pada masa akan datang…melihat berapa ramai daripada mereka berpotensi dipilih bermain pada Kejohanan AFF B-18 dan AFC B-19.

“Di Jepun nanti, terdapat tiga pasukan pembangunan remaja terbaik negara itu yang bersaing dalam kumpulan kami, maka adalah bermanfaat bagi pemain kami beraksi di peringkat tersebut,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Bagi kejohanan seumpama itu yang pertama kali diadakan, beliau tidak menetapkan sasaran tinggi, cuma berharap anak buahnya bermain dengan baik demi masa depan mereka sendiri.

Setakat ini, Hodak berkata hanya Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ll dan Shivan Pillay Asokan dari skuad Piala Presiden PKNS merupakan pemain paling muda, tersenarai dalam skuad awal pasukan B-23 yang sedang membuat persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-23 di China awal tahun ini, dan mereka juga layak bermain untuk pasukan yang beliau bimbing.

“Daripada kumpulan ini, saya hanya ada dua pemain – Hadi Fayyadh dan Shivan, yang pernah bersama skuad B-23, maka mereka boleh memimpin pasukan ini dan saya berpendapat, mungkin daripada pasukan ini juga, satu atau dua pemain lagi dapat bermain dalam pasukan itu pada masa akan datang.

“Kami akan lihat bagaimana mereka beraksi pada kejohanan itu kerana perkara paling penting ialah prestasi semasa perlawanan, bukan semasa latihan.


“Sesetengah pemain, apabila beraksi pada Piala Belia dan Piala Presiden, mereka kelihatan cukup bagus. Ada seorang pemain dari Terengganu kelihatan paling cemerlang ketika bermain pada Piala Belia, tetapi apabila beraksi di peringkat antarabangsa, dia mengalami kesukaran dan tidak mampu menyesuaikan diri,” kata Hodak.

Sementara itu, Hadi Fayyadh, yang juga kapten pasukan, berkata masa yang singkat tidak menghalangnya dan rakan sepasukan daripada membuat persiapan rapi, dan berazam menggunakan pengalamannya bagi membantu pasukan itu mengharungi kejohanan tersebut.

“Masa singkat, tapi Alhamdulillah kami dapat membuat persiapan yang baik dan sasaran kami adalah untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman di sana serta mempraktikkan segala input latihan untuk cuba pergi sejauh yang mungkin pada kejohanan itu nanti.

“Pengalaman saya di peringkat B-23 mungkin boleh membantu pasukan, tetapi pemain lain juga ada banyak pengalaman yang bagus dan ini sebenarnya terletak pada diri sendiri. Kami berharap dapat buat yang terbaik di Jepun,” katanya.

Selain Malaysia, kejohanan itu disertai Rusia, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun, di samping beberapa kelab tempatan Jepun.

Malaysia akan menentang tiga kelab tempatan – Tokio FC, Maebashi Lukei dan Ohzu dalam saingan peringkat kumpulan, sebelum dua pasukan terbaik mara ke peringkat seterusnya. – BERNAMA

Kategori