Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Rela Maut Terkena...

BESUT - Seorang anggota Rela terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan...

Remaja Derita Kaki Membesar...

China - Seorang pemuda berusia 21 tahun terpaksa menderita selama bertahun-tahun selepas kaki...

Pembunuh Bersiri Akui Bunuh...

CHICAGO - Pasukan penyiasat mengesahkan gelandangan berusia 78 tahun, bertanggungjawab ke atas lebih...

3 Syarikat Didakwa Catut...

MELAKA - Tiga syarikat pengeluar telur ayam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini...

Hoki: Australia Mudah Jinakkan Ireland

IPOH – Juara dunia, Australia mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menumpaskan Ireland 4-1 pada aksi keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah di sini petang ini.

Hasil kemenangan itu, pasukan bimbingan Colin Batch kekal selaku pendahulu carta selepas mengumpul 12 mata, dengan hanya berbaki satu perlawanan.

Biarpun Ireland terlebih dahulu dilihat menguasai perlawanan pada suku pertama perlawanan, ia tidak menghalang Jake Whetton daripada menjaringkan gol pembukaan Australia pada minit ke-11 menerusi gol padang.

Selang tiga minit kemudian, giliran Daniel Beale pulu menghukum kesilapan benteng pertahanan lawan dengan menyumbat gol kedua skuad Kookaburras menerusi gol padang.

Belum pun tamat separuh masa pertama, Blake Govers meletakkan pasukannya di kedudukan selesa apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.

Beraksi dalam keadaan tertekan, Ireland cuba mencari gol bagi merapatkan kedudukan, namun Jake Harvie menambah derita pasukan lawan apabila menyumbat gol keempat Australia pada minit ke-50.

Ireland memperoleh gol sagu hati menerusi Shane O’Donoghue, tiga minit sebelum perlawanan tamat.


Sementara itu, saingan antara Argentina dan England berkesudahan seri 1-1.

Argentina yang cuba bangkit daripada kekalahan ketika menentang Malaysia semalam, bertungkus lumus untuk mencari gol pembukaan.

Namun, benteng pertahanan England terlalu kebal untuk ditembusi sehinggalah pada minit ke-40 apabila Juan Gilardi menjaringkan gol untuk pasukan Los Leones selepas dihadiahkan pukulan penalti.

Tersentak dengan gol berkenaan, England kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui David Condon pada minit ke-50 menerusi gol padang.

Pada Jumaat ini, Australia akan bertemu Argentina manakala Ireland akan menentang India, sementara England berdepan Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori