Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahathir Ulangi PH Sukar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini...

Calon BN PRK Cameron...

LIPIS - Barisan Nasional (BN) Pahang belum memutuskan calon yang akan mewakili parti...

Pemain Bola Sepak Mati...

BANDUNG: Seorang pemain bola sepak meninggal dunia selepas dipanah petir ketika sedang beraksi...

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau...

Hutang Terurus, Tohmahan Pembangkang Tiada Asas

TEGUH… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kadar hutang negara masih terurus dan tidak lebih 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Najib, yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan pada persidangan dewan rakyat di ibu negara, berkata tahap keberhutangan negara kini sebenarnya berada pada paras 50.8 peratus daripada jumlah KDNK.

“Ini bermakna kedudukan hutang negara kita masih lagi terurus dan Malaysia pula dikategorikan sebagai negara dengan kadar keberhutangan sederhana jika hendak dibandingkan beberapa buah negara maju lain.

Bahkan terdapat hutang oleh kerajaan negara terbabit berbanding KDNK adalah jauh lebih tinggi sehingga ada yang lebih 200 peratus,” katanya semasa menjawab pertanyaan Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (Mukah-BN).

Ia mengenai langkah jangka panjang kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara khususnya penarafan kredit bagi mengekalkan kemampanan defisit negara pada kadar yang rendah serta memastikan pertumbuhan yang stabil.

Najib turut membidas tanggapan negatif bahawa Malaysia konon adalah sebuah negara bankrap seperti yang sering ditohmah jahat pihak pembangkang dalam ceramah politik dan ditularkan jentera siber mereka di laman sosial.

“Kita tahu apa yang mereka (pembangkang) kata di luar negara. Apa yang mereka kata tiada asas. Kalau ada pihak kata bahawa Malaysia ini bankrap, ‘failed state’ (negara gagal), itu adalah satu pembohongan yang jelas,” katanya.


Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menyediakan perancangan ekonomi dan kewangan bagi jangka masa panjang untuk mencapai sasaran status sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ia juga bakal menyaksikan saiz ekonomi negara meningkat kepada RM2 trilion pada 2025 dan menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh sekadar mengambil pendekatan popular sahaja untuk menawan rakyat terus beri sokongan.

“Sebaliknya kita perlu lebih bertanggungjawab melaksanakan apa yang perlu bagi menyediakan asas ekonomi serta kewangan kukuh demi kepentingan rakyat dan generasi masa hadapan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori