Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nabila Teruja Bakal Sambut...

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, sekiranya berkesempatan, semua orang pasti ingin menjalani ibadah...

Bersederhana Dalam Lahirkan Pandangan...

KUALA LUMPUR -ƃā€šĆ‚Ā Rakyat Malaysia, terutama wakil rakyat, harus mengambil pendekatan sederhana dalam menangani...

1,884 Positif Covid-19, 2...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan...

Peneroka Felda Takkan Terpengaruh...

PADANG TERAP ā€“ Kesusahan hidup suatu masa dahulu apabila terpaksa berkongsi ubi kayu...

Ibu Elfira Terus Sindir Sufian Di Instagram, Eh Betul Ke?

MAKIN panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi apabila ibu Elfira Loy dilihat terus mencetuskan spekulasi berhubung kisah putus tunang anaknya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi.

Memetik sumber, Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen selepas beliau terus menerus memuat naik entri yang dilihat seolah-olah cuba meluahkan apa terpendam di dada.

Dalam entri terbaharu kali ini, Filzah dilihat secara sinis menyindir dan mempersoalkan tentang sikap seorang individu yang suka menipu.

“Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?” tulisnya.

Entri dimuat naik oleh ibu Elfira.

Tidak terhenti di situ, Filzah turut memuat naik perkongsian yang berbunyi ‘kebohongan adalah awal kehancuran’ beserta ayat petikan daripada Hadis riwayat Imam Bukhari.

“Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan.

“Dia sedang menambah catatan amal buruk yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah untuk hindari kebohongan seremeh apapunĀ berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan.

Betapapun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain,” tulisnya.


Meskipun tidak mendedahkan sindiran itu ditujukan kepada siapa, namun ibu pelakon berkenaan seperti memberi bayangan luahan itu mempunyai kaitan dengan krisis pertunangan yang melibatkan anaknya.

Pun begitu, hasil tinjauan mendapati ibu Elfira yang menggunakan akaun nama Mamacat2016 di Instagram ternyata tidak menerima reaksi positif netizen yang mana rata-rata menyelar tindakan wanita itu.

Baca:Ā Ibu Dedah Punca Elfira Dan Sufian Putus Tunang?

Secara tidak langsung keadaan itu telah membuatkan Filzah ‘bergaduh’ dengan netizen yang tidak bersetuju terhadap pendapatnya.Ā ā€“ MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori