Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Muat Naik Status...

KISAH seorang penunggang motosikal yang maut akibat merempuh tiang elektrik berdekatan Kampung Nelayan,...

Felda Bina Lebih Banyak...

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Shafee Tak Menjangka Didakwa...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangka beliau akan...

IPIC Akan Bayar Faedah...

KUALA LUMPUR - International Petroleum Investment Co (IPIC) akan membayar faedah bernilai US$102.7...

Ibu Nafi Haziq Putera Band Tidak Mampu Menyanyi Lagi

IBU kepada vokalis Putera Band, Muhammad Haziq Putera iaitu Linda Eva menafikan berita yang tular mendakwa anaknya sudah tidak mampu menyanyi selepas terbabit dalam kemalangan.

Difahamkan, vokalis itu didakwa tidak boleh menyanyi ekoran mengalami kecederaan yang serius di jantung ketika kemalangan jalan raya yang dialami pada 28 Februari lalu.

Linda yang akui terkejut dengan berita palsu berkenaan menafikan sekerasnya sekaligus meluahkan rasa kesal di atas dakwaan tidak berasa berkenaan.

“Siapa kata Haziq alami kecederaan serius hingga jantungnya bermasalah dan dia sudah tidak boleh menyanyi.

“Saya tahu mengenai gosip tular ini kerana pihak syarikat rakaman FMC pun ada menghubungi bertanyakan situasi sebenar,” kata Linda dipetik Harian Metro.

Tambah Linda, anaknya disahkan hanya mengalami kecederaan di paru-paru, retak tulang tengkuk dan patah tulang rusuk akibat kemalangan itu.

Pada masa sama, Linda juga memberitahu bahawa kesihatan anaknya kini semakin sembuh dan sudahpun menyertai dua persembahan nyanyian bersama Putera Band.

“Anak saya Haziq disahkan oleh doktor alami kecederaan di paru-paru, retak tulang tengkuk dan patah tulang rusuk akibat kemalangan itu.

“Tidak pula doktor yang merawat Haziq memberitahu saya ada kecederaan di jantungnya. Apa yang dimaklumkan kecederaan Haziq tidak begitu serius,” jelas Linda.


Sementara itu, ditanya mengenai apakah reaksi Linda berhubung penularan berita palsu itu, dia mengakui amat terkejut selain mengatakan sememangnya sudah cukup ‘masak’ akan ‘permainan’ dalam dunia seni tanah air.

“Gosip ini tular mungkin disebabkan kewujudan persaingan. Apatah lagi, Putera Band akan muncul dengan single ketiga tidak lama lagi.

“Malah, tidak dinafikan juga Putera Band kini semakin mengumpul peminat yang dilihat sangat meminati single Rebahku Tanpamu dan Tersiksa,” ujar Linda.

Baca: Vokalis Putera Band, Haziq Terlibat Kemalangan

Juga: Vokalis Kumpulan Putera Band, Haziq Makin Pulih

Terdahulu, Haziq dimasukkan ke Wad Kecemasan HKL selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan melibatkan sebuah lori di Setapak, Kuala Lumpur pada Rabu.

Difahamkan, mangsa terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal untuk keluar membeli sarapan di kawasan kediaman mereka, kira-kira 9.30 pagi hari yang sama. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori