Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serangan Charlie Hebdo :...

PEMIMPIN Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) difahamkan memberikan arahan kepada para pengikutnya...

Tiga Kluster Wabak Denggi...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan telah mengesan sekurang-kurangnya tiga kluster wabak denggi di...

Wanita Hantar Tahi Kuda...

PEMBALASAN dendam yang terindah. Mungkin itu yang dirasai oleh Amanda Chatel, 35, apabila...

Bayi Perempuan 5 Bulan...

KAMPALA - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dilarikan sekumpulan cimpanzi di kampung...

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV.

Program mencari bintang IG Femes untuk menjadi selebriti TV ini hasil inisiatif jenama Maydan, pengeluar produk kecantikan.

Segmen Hijabista bersiaran dalam slot Asalamualaikum TV AlHijrah, setiap 9.00 pagi pada Rabu dan Khamis. Formatnya mudah: Penonton akan menyusur pelbagai aktiviti lima hijabista yang terpilih.

Apa yang membuatkan sebilangan generasi muda terutamanya golongan wanita muda mempunyai begitu ramai pengikut?

Padahal di Instagram mereka bukanlah personaliti terkenal atau bintang filem.

Adakah wajah jelita yang menjadi pertaruhan atau gaya hidup mereka yang menarik minat ramai untuk mengikuti kisah melalui foto-foto mereka?

Maydan mengambil langkah proaktif. Segmen Hijabista menjadi platform mengangkat remaja IG Femes ke kaca TV.

Maydan ialah jenama produk kecantikan berasaskan alam semulajadi, kini mencari duta untuk produk di kalangan IG Femes.

Konsepnya, dari IG, lima gadis ini akan melalui pelbagai cabaran dan aktiviti bagi memenuhi demand program tv yang dinamik tetapi Islamik.

Usaha ini dibuat melalui slot Hijabista yang dilancarkan di dalam program Assalamualaikum TV AlHijrah pada Selasa 13 Mac 2018 yang lalu.

Perjalanan 5 gadis Hijabista dalam Assalamualaikum telah mula disiarkan pada Rabu, 14 Mac 2018 selama 8 minggu.

“Oleh kerana jenama Maydan baru bertapak di dalam pasaran, kami merasakan strategi melantik jurucakap yang mewakili pengguna sasaran kami adalah satu langkah yang tepat walaupun mereka bukanlah personaliti terkenal di media masa,” kata pengasas Maydan, Haji Narhamdan Abd Malek.


Sebelum ini Maydan menggunakan pelakon terkenal Fatah Amin, Fazura dan Elfira Loy sebagai jurucakap produk mereka.

“Gadis-gadis mempunyai pengikut tersendiri di Instagram. Farah Farhana, Ayu Haris, Syazlin Zainal, Balqis Othman dan Yuna Zainal adalah Insta famous yang mempunyai personaliti dan gaya hidup mewakili pengguna sasar kami,” kata Hj Hamdan lagi.

Kesemua gadis yang terpilih berusia awal 20-an dan mempunyai pengikut sekitar 100,000 di Instagram.

Melalui slot Hijabista gadis-gadis ini akan berpeluang melalui pelbagai aktiviti di luar zon selesa dalam rutin harian mereka yang selalunya berkisar pada bidang fesyen dan kecantikan.

Antara cabaran yang akan dilalui ialah memanah, menunggang kuda, aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan lain-lain.

Ikuti perjalanan gadis-gadis Hijabista ini menyahut cabaran pada setiap Rabu dan Khamis dalam Assalamualaikum, 9 pagi di TV AlHijrah. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori