Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sedih.. Lagi Gambar Anak...

Aduh, sedang orang ramai masih kecoh memperkatakan tentang gadis bertudung melakukan maksiat pada...

Pasukan Polis Marin Tawau...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin...

Dua Sarung Tangan Ada...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa...

Reggae Masuk Senarai Warisan...

REGGAE, muzik terkenal sedunia yang dipopularkan melalui artis seperti Bob Marley, memenangi tempat...

Imam, Bilal, Siak, Guru Kafa & Takmir Dapat RM12 Juta

KUALA KANGSAR – Lebih RM12 juta diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bayaran khas ‘one-off’ kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri itu.

Lapor akhbar tempatan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bayaran khas sebanyak RM1,500 itu merupakan tanda terima kasih dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan golongan tersebut selama ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Selain itu, peruntukkan sebanyak RM54.8 juta juga disalurkan kepada kerajaan Perak bagi bayaran imbuhan bulanan kepada imam, guru takmir dan guru Kafa.

“Peruntukkan tahunan itu melibatkan 4,774 penerima iaitu imam (1,310), guru takmir (314) dan guru Kafa (3,150),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Bayaran Khas ‘One Off’ hari ini.

Pemberian tersebut adalah kali pertama diadakan setelah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018.


Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori