Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Penyanyi EVA Bantu...

LAMA tak dengar perkembangan kumpulan dangdut terkenal suatu ketika dulu, EVA, yang popular dengan...

IKEA Tidak Boleh Guna...

JAKARTA - Gergasi perabot rumah antarabangsa IKEA hilang hak penggunaan jenamanya sendiri di...

Kecekapan Kos Kekal Amalan...

KUALA LUMPUR - Kecekapan kos akan kekal menjadi amalan standard bagi syarikat minyak...

3 Lagi Pesawat Dikerah...

KUALA LUMPUR - Tiga lagi pesawat dikerah bagi membantu operasi mencari kapal tangki...

Imigresen Tahan 13 Warga Asing Dalam Operasi Sepadu

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing di atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan di Cyberjaya semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kesemua mereka yang ditahan itu berumur antara 16 hingga 43 tahun selepas pasukan itu menjalankan pemeriksaan ke atas 52 orang dalam operasi yang bermula dari 4 petang hingga 7.30 malam.

Pasukan JIM terdiri daripada lapan pegawai dari Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

Beliau berkata 13 orang yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki warga Indonesia, tiga perempuan warga Indonesia, satu lelaki masing-masing dari Bangladesh, Kemboja dan Filipina.

Mustafar dalam satu kenyataan berkata, daripada 13 warga asing itu, 11 orang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah, manakala dua lagi ditahan kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c).

“Kesemua tahanan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan,” katanya. — LAGI

Sepanjang tempoh bermula 1 Januari sehingga 16 Mac lalu, Mustafar berkata JIM telah mengadakan sebanyak 4,155 operasi penguatkuasaan di seluruh Negara.


Seramai 52,102 orang telah berjaya diperiksa dan hasilnya seramai 11,749 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Selain itu 267 majikan turut ditahan sepanjang tempoh ini.

Mustafar turut mengingatkan orang ramai agar tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

JIM mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat itu, katanya. – BERNAMA

Kategori