Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Plaza Tol Bukit Raja...

KLANG - Plaza Tol Bukit Raja rosak apabila sebahagian besar bumbung, palang dan...

“Selepas Melihat CCTV, Kita...

MENGEJUTKAN! Itu merupakan reaksi yang boleh digambarkan apabila melihat satu rakaman yang agak tidak...

Cadangan Pengambilalihan 4 Konsesi...

KUALA LUMPUR – Cadangan Kementerian Kewangan untuk membeli empat konsesi lebuh raya pada...

Majlis Tindakan Kos Sara...

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang bertujuan memantau kesan...

Industri Kraf Perlu Melabur Dalam Teknologi Terkini

KUALA LUMPUR – Industri kraftangan perlu melabur dalam teknologi seni kraf terkini dan mendedahkan para usahawan tempatan mengenai inovasi teknologi berkenaan, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata penggiat industri kraf juga perlu menyusun strategi baharu termasuk inovasi dalam reka bentuk kraf yang dihasilkan ke arah kemampanan industri tersebut yang memiliki prospek lebih meluas dan pesat menjelang tahun 2035.

“Hal ini perlu sejajar dengan perkembangan semasa di mana ekonomi dan segenap sektor industri dunia sekarang sedang mengorak langkah ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

“Gelombang revolusi ini bakal mencetuskan pelbagai ‘megatrends’ baharu dengan kemunculan teknologi pesat yang membawa kita berhadapan era transformasi digital yang turut memberi impak kepada masa depan industri kraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2018 di Panggung Sari Kompleks Kraf di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Rosmah berkata antara transformasi digital di era IR 4.0 yang perlu diterapkan ialah Internet of Things (IoT) yang banyak mengubah cara kerja dan perniagaan termasuk strategi pemasaran dan demografi pelanggan.

“Arus globalisasi ini secara tidak langsung menuntut industri kraf untuk mempertingkatkan nilai dari pelbagai aspek. Dalam konteks ini, industri kraf perlu merangka strategi pengeluaran dan hasil kraf termasuk gabungan pemasaran secara dalam talian,” katanya.


Dalam pada itu, Rosmah turut menyeru agar lebih ramai golongan wanita turut sama berkecimpung dalam industri kraf tempatan bagi meningkatkan ekonomi rakyat serta sebagai ‘spillover effect’ kepada rantaian industri lain termasuk pelancongan dan perdagangan antarabangsa.

“Saya difahamkan wanita adalah aset penting dalam memacu pertumbuhan industri kraf negara ke tahap yang lebih tinggi dengan penyertaan 65 peratus atau 3,471 orang daripada keseluruhan 5,361 usahawan kraf berdaftar.

“Usahawanita kraf juga telah menyumbang sebanyak 29 peratus atau RM148 juta daripada nilai jualan keseluruhan di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya yang berharap usaha melestarikan kraf tempatan terus dipergiat agar kekal relevan menjelang 2050. – BERNAMA

Kategori