Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bauksit: Lanjutan Dibimbangi Undang...

KUANTAN - Lanjutan kali ketiga moratorium perlombongan bauksit di sini, dibimbangi akan 'mengundang'...

Suspek Bakar Bilal Masjid...

ALOR SETAR - Tidak sampai enam jam, lelaki yang dipercayai membakar bilal ditahan...

Lelaki Berebut Bawa Anak...

MELAKA – Seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Lontar Cakera: Irfan Perbaharui...

JAGUH lontar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin bertekad mempertahankan pingat emas pada Sukan...

“Ingat Dah Tak Ada, Rupanya Ada Lagi!”

SEKALI lagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dikejutkan dengan perbuatan individu tidak sensitif meletakkan haiwan peliharaan anjing ke dalam troli milik pasar raya.

Terbaharu, beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita berdiri dengan seekor anjing yang diletakkan di dalam troli di sebuah pasar raya menjadi tular.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Firdaus Majid, kejadian tersebut berlaku di pasaraya AEON Mall, Bandaraya Melaka.

Malah menurutnya, anjing itu turut dikatakan kencing di dalam troli berkenaan, sekaligus menyebabkan lantai pasar raya itu tercemar dengan najis haiwan terbabit.

“Baju canggih tapi otak masih kuno. Dah tahu kawasan pusat beli-belah tapi masih bawa peluk anjing. Siap (anjing) kencing atas troli lagi tu.

“Si laki dia siap tolong lap kencing anjing pakai tisu tandas. Isteri saya dah pergi ke kaunter info di aras bawah beritahu samak troli tu.

“Saya tidak sempat untuk tegur pasangan itu, ketika kejadian ramai orang lalu lalang kerana berada di sebelah tandas, semua yang melihat termasuk dari orang Melayu sendiri buat tak tahu sahaja,” katanya.

Firdaus yang bimbang troli itu akan digunakan pengunjung lain telah menghubungi khidmat pelanggan dan memaklumkan perkara terbabit kepada pihak pasar raya.

Difahamkan, dua kakitangan pasar raya terbabit tidak lama kemudian tiba di lokasi sebelum membawa keluar troli berkenaan.


“Kakitangan bertugas telah ambil troli dan beritahu kami yang mereka akan menyertu troli itu,” katanya.

Sementara itu netizen nyata menzahirkan kekecewan dengan tindakan pemilik anjing tersebut yang disifatkan sebagai  tidak menghormati sensitiviti sesetengah agama, terutamanya agama Islam.

“Sebab kedegilan seseorang, habis satu bangsa kena hentam. Buat menyusahkan orang… Tolonglah bertimbang rasa,” kata Wan Ismail Zakri.

Kata Firdaus lagi, tindakannya mendedahkan perkara tersebut di media sosial bukan kerana ingin mencemar hasad perkauman, sebaliknya berharap semua pihak akan lebih prihatin tentang isu terbabit.

Posting ini bukan untuk rasis pada sesuatu, cuma sangat marah dengan tindakan pasangan ini dan orang awam (semua bangsa) yang lalu di situ langsung tak ambil kisah kejadian itu.

“Bayangkan kalau ada orang letak bayi dalam troli itu, bayi terpegang najis itu dan hisap jari-jari.

“Tambah sadis kalau mak ayah pula main kemam jari-jari anak yang terkena najis itu dalam mulut. Sebab itu, kami ambil inisiatif jaga troli itu sampi selesai,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori