Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sempoi Habis, Michael Bawa...

MESKIPUN sudah beberapa hari berlalu, namun isu pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang...

Ringgit Diunjur 4.14-4.16 Minggu...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, bergerak dalam...

Giliran Rakyat Sandakan Tolak...

SANDAKAN – Tarikh 11 Mei ini adalah peluang terbaik kepada rakyat di Sandakan...

GAMBAR: Rozita Che Wan,...

RASANYA semua maklum bahawa isteri kepada aktor Zain Saidin ini cukup gemar untuk...

Ingatkan Mayat, Rupa-Rupanya Mat Gian Tertidur

SUNGAI BESAR – Orang ramai di Pasar Awam Sungai Besar, di sini, gempar seketika apabila menemui ‘mayat’ seorang lelaki yang terdampar di tepi parit berdekatan, semalam.

Tambah mengejutkan lagi, lelaki yang terkujur itu dikatakan bangun secara tiba-tiba meninggalkan lokasi berkenaan bagai tiada apa yang berlaku.

Menurut BH Online, lelaki tidak berbaju terbabit berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai tertidur selepas terjatuh ketika ingin mengambil air dari parit tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan, berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu terus bangun sebaik pasukan bomba dan penyelamat sampai untuk melakukan pemeriksaan keatasnya.


“Ketika anggota bertindak turun menyeberangi parit untuk menyelamatkan mangsa, dia tiba-tiba sedar dan bangun lalu meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Sehingga kini, gambar lelaki berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dan rata-rata netizen pada mulanya menyangka ‘mangsa’ terbabit dalam kes bunuh. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori