Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bermain Politik: KPN Nafi...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan beliau...

Kacukan Varian India, UK...

PUTRAJAYA - Kes kacukan varian India dan UK hanya dikesan di Vietnam dan...

88 Kg Sampah Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sampah seberat hampir 88 kilogram berjaya dikutip dalam tempoh satu...

SST: 25 Aduan Di...

JOHOR BAHRU -Sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenal pada 1 September lalu,...

Inkues Kematian Pelajar Gantung Diri Bermula 24 Mei

GEORGE TOWN – Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan 24 hingga 25 Mei ini untuk prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua M.Vasanthapiriya, yang meninggal dunia selepas menggantung diri, dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.

Koroner Norsalha Hamzah menetapkan tarikh tersebut ketika kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini.

Inkues akan dibantu oleh pegawai pengendali J.G.Kameni manakala peguam V. Parthipan mewakili guru terbabit.

Parthipan berkata seramai 30 saksi dijangka memberi keterangan pada prosiding itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Kamarozaman Abd Razak berkata pihaknya hadir di mahkamah hari ini bagi memberi sokongan kepada guru tersebut.

“Guru-guru mesti bersatu hati membentuk murid tetapi jika terjadi isu-isu sebegini jangan putus asa, Ia satu cabaran kepada guru, kita tak mahu guru jadi putus asa… rakan-rakan kita perlukan sokongan moral dan mungkin mereka sudah murung dan berada dalam tekanan,” katanya kepada pemberita.


Kamarozaman berkata masyarakat perlu memahami bahawa tugas seorang guru sekarang sangat rumit ditambah lagi perlu berdepan dengan kerenah ibu bapa yang pelbagai.

Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantung diri di rumahnya,

Mendiang dikatakan berbuat demikian selepas dituduh mencuri telefon pintar milik seorang guru wanita di sekolahnya. – BERNAMA

Kategori