Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: Kakitangan Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak bulan lalu...

Nawawi Letak Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR — Datuk Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Keretapi...

Legenda Bola Sepak Dunia,...

SAO PAULO : Ikon bola sepak Brazil Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat...

Khairy Kecewa Dengan Tindakan...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan penonton yang...

Insiden Pekerja Humban Basikal, Tony Mohon Maaf

TULAR hari ini apabila salah seorang penumpang syarikat penerbangan terkenal, Air Asia membuat aduan tentang kerugian yang dialaminya ketika menaiki salah satu kapal terbang milik syarikat berkenaan.

Wanita tersebut dikenali sebagai Karen Siah dan rakannya, Patricia Lim Poh Kam telah memuat naik satu video di akaun Twitter milik mereka tentang kejadian itu.

“Kepada Tony Fernandes dan AirAsia, video ini sangat menyakitkan hati dan ia diambil pagi ini (Rabu) ketika saya dan rakan saya pulang dari Taiwan.

“Kalau anda nak tahu, semua pengayuh basikal sangat sayangkan basikal kami berbanding nyawa sendiri. Tolong lakukan sesuatu tentang hal ini. Terima kasih,” tulisnya pada Rabu lepas.

Akibat video berkenaan, ramai netizen mula naik angin atas perbuatan pekerja syarikat berkenaan yang menghumban basikal milik kedua-dua wanita itu serta beberapa masalah yang pernah mereka alami sebelum ini.

Disebabkan itu, basikal mereka telah mengalami sedikit kerosakan yang mana bahagian besi kelihatan sedikt kemik.


Bagaimanapun, selaku CEO Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes telah tampil bagi membuat permohonan maaf atas kecuaian kakitangan berkenaan.

“Kami mohon maaf. basikal untuk dikayuh, bukan untuk dicampak. Ini ialah janji CEO kami.

“Selaku pengayuh basikal juga, saya sendiri berasa terkesan atas apa yang terjadi dan kami akan ambil perkara ini dengan serius.

“Kami mintak maaf bagi pihak Air Asia dan tindakan seterusnya akan dibuat segera. Kami janji untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami ,” Kata Riad Asmat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia.

Namun, Patricia dan rakannya telah menerima apa yang terjadi itu secara berlapang dada serta berharap agar perkara seperti itu tidak akan berulang pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, perkara sebegitu bukan sahaja perlu dielakkan oleh syarikat Air Asia sahaja tetapi oleh semua syarikat penerbangan yang ada supaya tiada lagi isu seperti itu berlaku. – MYNEWSHUB.C/AH

Kategori