Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

OnePlus 2 Bersaiz Lebih...

PASUKAN OnePlus hari ini telah mengadakan acara soal-jawab bersama peminat di Reddit, dan...

4 Warga Asing Ditahan...

SANDAKAN - Polis merampas sepucuk pistol dan 16 butir peluru selepas menahan empat...

Mahathir Pastikan Anwar Tak...

DIFAHAMKAN dalam mesyuarat Pakatan Harapan untuk membincangkan calon Perdana Menteri, berlaku ketegangan antara...

Wanita Dakwa Dicabul Pegawai...

Seremban : Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada...

Intan Terkejut Hubungan Didakwa Retak 2 Tahun Lalu

MESKIPUN sudah sah bercerai talak satu pada hari ini namun kontroversi antara pemuzik bebas, Ude Wahid dan bekas isteri pertamanya iaitu Intan Liana Saleh masih menjadi bualan ramai.

BACA : Intan Sah Diceraikan, Ude Kini Hak Milik Izreen Sahaja

Keadaan menjadi semakin panas apabila Intan mempersoalkan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid mengenai hubungan mereka.

“Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?” soal Intan dipetik BH Online.

Intan Liana Saleh

Mengakui terkejut dengan perkara itu, Intan pada masa sama mendakwa dia sama sekali tidak tahu-menahu berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ude tersebut itu.

“Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda. Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

“Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian). Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,” ujar Intan.

Tambah Intan lagi, dia tidak berniat mahu membuka aib sesiapa namun niatnya ‘bersuara’ hanyalah bagi membetulkan keadaan.

“Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar.

“Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata,” tambahnya.


pemuzik bebas, Ude

Sebelum ini, Ude memberitahu pihak media bahawa terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas isterinya pada 28 Februari itu adalah tidak benar sama sekali.

BACA : Ude ‘Backup’ Izreen, Mahu Intan Hentikan Drama?

Menurut Ude, rumah tangga mereka mula goyah selepas usia perkahwinan menjangkau tahun ketiga iaitu sebelum dia mengenali isteri keduanya yang merupakan seorang pelakon, Izreen Azminda.

“Dia tahu puncanya. Rumah tangga kami sudah mula bermasalah sejak dua tahun lalu. Sebelum saya mengenali Izreen lagi,” dedah Ude ringkas.

Ude turut mendakwa bahawa Intan sendiri sudah mengetahui punca sebenar yang membawa kepada permasalahan rumah tangga mereka kerana hal itu pernah dibincangkan beberapa kali sebelum lafaz cerai dibuat.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori