Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bendera Yang Di-Pertuan Agong...

KUANTAN - Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

92,682 Perniagaan Sudah Daftar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 92,682 perniagaan telah berdaftar di bawah Cukai Jualan dan...

Terengganu Tekad Cemerlang Saingan...

KUALA TERENGGANU - Sikap terlalu berhati-hati dan teragak-agak untuk merebut bola daripada pihak...

Intan Tinggal ‘Pesan’ Buat Izreen Azminda Di IG Story?

KEMELUT rumah tangga suami pelakon Izreen Azminda dan pemuzik, Ude dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh akhirnya terlerai.

Pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada Khamis.

Baca: Intan Sah Diceraikan, Ude Kini Hak Milik Izreen Sahaja

Intan yang mengakui bahawa dirinya masih terkesan dengan kenyataan demi kenyataan dibuat Ude berhubung hal itu telah meluahkan rasa terkilan di Insta Story miliknya.

Lebih mengharukan, menerusi entri yang sama Intan redha dengan perpisahan ini dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Tidak terhenti disitu, Intan juga dilihat sempat menitipkan pesan buat ‘seseorang’ menerusi entri berkenaan.

Kenyataan dibuat Intan itu sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati wanita tersebut terhadap tindakan Ude.

Sebelum ini, Ude memberitahu pihak media bahawa terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas isterinya pada 28 Februari itu adalah tidak benar sama sekali.


Juga: Ude ‘Backup’ Izreen, Mahu Intan Hentikan Drama?

Menurut Ude, rumah tangga mereka mula goyah selepas usia perkahwinan menjangkau tahun ketiga iaitu sebelum dia mengenali isteri keduanya yang merupakan seorang pelakon, Izreen Azminda.

“Dia tahu puncanya. Rumah tangga kami sudah mula bermasalah sejak dua tahun lalu. Sebelum saya mengenali Izreen lagi,” dedah Ude ringkas.

Ude turut mendakwa bahawa Intan sendiri sudah mengetahui punca sebenar yang membawa kepada permasalahan rumah tangga mereka kerana hal itu pernah dibincangkan beberapa kali sebelum lafaz cerai dibuat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori