Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dituduh ‘Playboy’, Zul...

PELAKON kacak Zul Ariffin yang semakin meningkat popularitinya selepas memegang watak utama dalam drama...

PAS Belum Bincang Terperinci...

ALOR SETAR - PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hanya mengadakan perbincangan...

Saya Kehilangan Seorang Guru...

KUANTAN - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata Tan...

Budak Perempuan Dipenuhi Bulu...

SEORANG budak perempuan di China yang dipenuhi bulu sejak kecil mendapat perhatian masyarakat...

Ismail Sedar Kebolehan Vokal, Mahu Tampil Kelainan

TIDAK boleh disangkal lagi, industri muzik kini menjadi semakin meriah dengan kedatangan penyanyi-penyanyi baharu yang digelar sebagai Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).

Jelas sekali penyanyi-penyanyi BBNU ini mempunyai peminat mereka tersendiri terutama dalam kalangan belia remaja.

Peminat-peminat kumpulan penyanyi ini juga suka membuat perbandingan di antara artis yang menjadi pilihan mereka sehingga mengambil tindakan mengecam pesaing-pesaing idola mereka.

Bagi salah seorang penyanyi yang tergolong dalam kumpulan itu, Ismail Izzani, dia mengaku tidak mempunyai kekuatan vokal sebaik rakan-rakannya, namun ianya dapat dibantu dengan daya juangnya yang tinggi.

Sebelum ini, Ismail atau lebih mesra disapa Mail, pernah memuat naik status di media sosial seolah-olah kecewa dengan kecaman yang diberikan netizen seolah-olah bakatnya tidak setaraf dengan penyanyi seangkatannya.

“Saya mengaku vokal tidaklah sehebat mana. Tapi bagi saya, masing-masing ada kehebatan dan keunikan tersendiri.

“Benar, saya ada meluahkan dalam media sosial mengenai perkara itu, namun bukanlah kerana saya kecewa atau sebagainya.

“Saya tahu ada yang mengecam kenapa saya tidak boleh ‘tarik’ suara tinggi seperti penyanyi lain dan bermacam-macam lagi. Saya sedar kebolehan diri sendiri, tetapi saya ada semangat juang yang tinggi untuk terus relevan,” katanya memetik BH Online.

Tambah Ismail, selain menyanyi, kebolehan istimewa yang dimilikinya adalah menari memandangkan dia mempunyai minat dalam bidang seni itu.


Ismail yang mempunyai ibu yang pernah berdiri dalam industri muzik pada era 1980-an, Suliza Salam, mula dikenali ramai melalui single sulungnya, Sabar yang menjadi siulan pendengar.

Jelasnya, dia yakin muzik yang dibawanya mempunyai kekuatan sendiri dan meletakkannya dalam liga yang tersendiri berbanding rakan-rakan BBNU lain.

“Inilah formula digunakan apabila saya mengadun rentak muzik yang segar dan terkini dalam single baharu, Luar Biasa. Lagu ini dicipta khusus untuk peminat,” katanya yang baru sahaja melancarkan video muzik bagi lagu tersebut.

Video muzik Luar Biasa yang baru dilancarkan pada 15 Mac lalu itu kini telah berjaya menduduki tangga kedua carta Trending di laman YouTube dan sudah ditonton lebih 900,000 kali dalam hanya tiga hari.

Video yang menyaksikan Ismail menunjukkan bakat tariannya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen sehingga ramai merasakan video muzik berkenaan bertaraf antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori