Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Tidak...

Dari Facebook DrPuad ZarkashiAZHAR kata dia bukan macam Azalina. Azalina orang politik. Azalina...

Mahkamah Tetapkan 27 Mac...

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menetapkan 27 Mac depan untuk...

Pahang Fokus Tangani Isu...

KUANTAN - Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan terhadap isu alam sekitar bagi...

Kaki Ditelan Eskalator Di...

SHENZHEN (China) - Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk...

Isu Dekat Di Hati Rakyat Terus Jadi Perhatian – Agong

KUALA LUMPUR – Isu yang dekat di hati rakyat terutama berhubung kos sara hidup dan program berpaksikan rakyat akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah penekanan kerajaan berhubung perkara itu dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara baru-baru ini.

“Beta percaya lebih banyak inisiatif akan diperkenalkan melalui penubuhan majlis itu bagi merangka program bersesuaian yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban rakyat.

“Peruntukan juga akan terus disediakan bagi melaksanakan lebih banyak program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 di sini hari ini.

Titah Seri Paduka walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan kekal fokus dan komited melaksanakan dasar-dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat.

Seri Peduka menegaskan bahawa kewangan kerajaan dijangka lebih kukuh, disumbang melalui kutipan hasil lebih tinggi, pertumbuhan perbelanjaan sederhana dan defisit fiskal yang disasarkan terus berkurangan, selain rizab antarabangsa kekal kukuh manakala hutang kerajaan persekutuan terurus dan terkawal.

“Negara juga masih kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan dan dijangka dapat menarik pelaburan lebih tinggi pada 2018. Diharapkan momentum prestasi positif ini dapat dikekalkan.

“Demi masa depan, negara hendaklah terus mempertingkatkan usaha kerana mengekalkan kejayaan adalah lebih sukar daripada mencapainya,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V turut menyarankan kerajaan memastikan semua program dan projek yang dirancang dilaksanakan dengan mengambil kira cabaran semasa dihadapi negara.

Dalam pada itu, Sultan Muhammad V bertitah programtranformasi bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan serta latihan kemahiran dan program keusahawanan yang berjaya meningkatkan pendapatan rakyat di luar bandar, Sabah, Sarawak, peneroka Felda, pekebun kecil Risda, peserta Felcra, penduduk kampung tradisi dan masyarakat Orang Asli serta Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak, akan terus dilaksanakan.

Selain itu, Seri Paduka juga yakin projek infrastruktur pengangkutan awam yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan akan memberi limpahan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat bandar.

Seri Paduka turut mengambil maklum komitmen kerajaan dalam meningkatkan bidang pendidikan yang merupakan nadi pembangunan negara antaranya dengan menambah baik prasarana sekolah selain usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.


Yang di-Pertuan Agong bertitah kerajaan antara lain akan terus memperkasakan usaha membanteras elemen-elemen kebocoran, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam tadbir urus pentadbiran awam sebagai usaha menjadikan Malaysia antara kelompok 20 negara teratas di dunia.

Selain itu, Seri Paduka mengalu-alukan peningkatan dalam skor Indeks Syariah Malaysia yang merupakan komitmen kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran negara berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Dalam hal ini, nilai kesederhanaan yang sentiasa diperjuangkan Malaysia juga telah mendapat keyakinan dunia apabila resolusi bagi menangkis penyebaran fahaman ekstrimisme dan redikalisasi yang dikemukakan Malaysia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V turut melahirkan sukacita dengan pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa wanita termasuk memastikan 30 peratus daripada mereka berada di peringkat pembuat keputusan.

Dalam pada itu, Seri Paduka menyokong cadangan menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial kerana medium itu amat berpengaruh dalam membentuk nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat.

Bagi soal keselamatan, Seri Paduka menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta membanteras aktiviti pemerdagangan orang.

Seri Paduka juga berharap tiada pihak menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik.

Sultan Muhammad V turut menggesa semua pihak mengambil langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan lebih berkesan untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan muda dan pelajar yang kini semakin serius.

Sementara itu, menyifatkan perpaduan sebagai intipati kepada keamanan, kesejahteraan hidup dan kestabilan negara, Seri Paduka mahu supaya penghayatan warisan sejarah negara dan penguasaan bahasa kebangsaan terus diperkukuh sebagai asas jati diri rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong mengakhiri titah Diraja dengan mendoakan semoga negara Malaysia serta rakyatnya akan terus diberkati oleh Allah, hidup dalam aman, sentosa dan bersatu padu. – BERNAMA

Kategori