Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lepas 7 Tahun Menyanyi,...

PETALING JAYA - Selepas tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia muzik, penyanyi Aizat...

Tiada Kematian Melibatkan Kes...

KUALA LUMPUR - Tiada kes kematian berlaku akibat perbuatan buli di dalam kawasan sekolah bagi tempoh 2012 hingga sekarang, kata Timbalan...

Pembatalan Dialog Bukan Atas...

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan...

Gambar: Majlis Resepsi Kedua,...

WOW, pasangan selebriti ini kelihatan sangat segak dan menawan persis putera dan puteri...

Isu Lokasi Rampasan 1.1 Tan Ketum Diperjelaskan

BANGKOK – Seorang pegawai Polis Kawalan Sempadan di Sadao, selatan Thailand menjelaskan bahawa rampasan 1.1 tan daun ketum pada Jumaat lepas berlaku di Bukit Khao Nam Kang berhampiran sempadan negeri Kedah.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan daun ketum di sebuah pondok di bukit itu tidak berlaku di kawasan hutan bersempadan dengan negeri Perlis sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini.

“Bukit Khao Nam Kang terletak di sempadan Sadao dengan Kedah dan bukannya Perlis,” katanya kepada Bernama hari ini dan menambah, tiada tangkapan dilakukan setakat ini berhubung rampasan daun ketum itu.

Lokasi rampasan daun ketum itu katanya, juga terletak agak jauh dari kubur-kubur etnik Rohingya yang menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis lebih tiga tahun lepas.

Menurut pegawai Polis Kawalan Sempadan Sadao itu, kes rampasan 1.1 tan daun ketum itu telah pun diserahkan kepada Balai Polis Sadao untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ketum

Kategori